Apa Sebenarnya ‘Bangsar Bubble’ Ni??

Sembang, ZAP, ZeKool

Bagi siapa yang tak tahu, ‘Bangsar Bubble’ bukan lah sejenis minuman bubble tea yang yang korang selalu minum tu. Ia juga bukan lah sejenis permainan buih yang kanak-kanak selalu main. Secara ringkasnya, melalui Tweet @thepatriotsasia, Istilah ‘Bangsar Bubble’ ini merujuk kepada kelompok masyarakat ultra Urban yang kurang faham dengan pandangan masyarakat setempat atau secara seluruhannya.

Melalui Tweet tersebut, selain mendapat respon yang agak ramai daripada warga Twitterjaya, dalam masa yang sama turut mengundang ketidakpuasan sesetengah pihak. 

Kicauan di Twitter yang menjelaskan tentang makna disebalik ‘Bangsar Bubble,’ menyebut kelompok yang tergolong di dalam kategori ini merupakan kelompok yang lahir dalam kehidupan yang senang dan tidak memahami kepayahan kelompok lain yang hidup dalam kesusahan. Ini terutamanya merujuk kepada kesusahan masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar. Dikatakan juga, banyak isu-isu yang dibawa oleh golongan ‘Bangsar Bubble’ ini merupakan isu-isu yang liberal dan berat untuk difahami oleh masyarakat di luar bandar.

Walau bagaimanapun, golongan ‘Bangsar Bubble’ bukan lah semestinya yang lahir di Bangsar. Ia merujuk kepada sesiapa sahaja yang mempunyai gaya pemikiran seperti yang dijelaskan tadi. Tapi kenapa kawasan ‘Bangsar’ digunakan adalah kerana kawasan itu dilihat sebagai kawasan yang ramai dihuni oleh golongan-golongan yang lebih tampak elite dan high-class mereka yang sewaktu seperti itu. Pelbagai reaksi dikeluarkan oleh netizen dan ada juga yang bersetuju dengan pendapat tentang ‘Bangsar Bubble.’ Menurut mereka, golongan ini bersikap terlalu ‘liberal’ dan tidak memahami konteks masalah masyarakat di luar bandar. Tapi sudah semestinya pandangan seperti ini akan mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.

RAMAI JUGA TIDAK BERSETUJU

Mungkin disebabkan istilah yang digunakan itu agak baru dan jarang digunakan, maka ramai juga yang menyatakan ketidakpuasan hati dan melihat istilah tersebut sebagai ‘stereotype’ terhadap golongan yang mempunyai pemikiran begitu. Ramai yang berpendapat bahawa corak pemikiran ‘Bangsar Bubble’ seperti yang dinyatakan itu, tak semestinya membuatkan seseorang itu kurang memahami masalah masyarakat luar bandar atau hanya tertumpu kepada isu-isu liberal dan lebih ke arah budaya barat. Seseorang itu boleh memahami isu-isu semasa yang liberal dan berat, dan dalam masa yang sama melihat juga masalah yang dialami oleh masyarakat luar bandar atau pun masalah kelompok minoriti.

Mungkin lepas ni akan muncul juga istilah ‘buih-buih’ yang lain. Walau apa pun pandangan dan perselisihan yang berlaku di alam maya, diharap pengguna-pengguna media sosial semua tidak terlalu emosi dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak semasa memberi pandangan.

KATALAKI: Tapi tu lah lama juga tak pi minum bubble milk tea…

Last modified: 25 June 2020