Apa Sebenarnya EFL Championship Play-Off Ni?

Aktif, Bola

Baru-baru ni, lepas habis je semua perlawanan Premier League, kecoh jap pasal EFL Championship Play-Off. Kalau korang ada follow akaun media sosial pasal bola sepak, mesti ada je melintas kat timeline korang pasal EFL Championship Play-Off ni. Yang tak berapa faham lagi apa benda EFL Championship Play-Off, Mari kita rungkai bersama-sama!

Image Via : footballorgin.com

Apa Maksud EFL Championship?

EFL Championship ialah liga kedua di England selepas Premier League. Nama penuhnya ialah English Football League Championship. 3 pasukan tercorot dalam Premier League setiap musim, akan tersingkir dan bermain dalam EFL Championship untuk musim yang seterusnya. Untuk musim 2018/19, Cardiff City, Fulham dan Huddersfield yang tersingkir ke EFL Championship.

Image Via : premierleague.com

2 pasukan teratas dalam EFL Championship setiap musim lak, akan dibawa masuk untuk bermain dalam Premier League untuk musim seterusnya tanpa perlu lalui perlawanan Play-Off. Untuk musim 2018/19, Norwich City dan Sheffield United memang dah confirmed layak bertanding dalam Premier League 2019/20.

Image Via : efl.com

So, ada lagi satu slot yang kosong untuk menggantikan 3 pasukan Premier League yang dah tersingkir ke EFL Championship. Sebab tu la wujudnya perlawanan Play-Off.

Pasukan Mana Yang Terlibat Dengan EFL Championship Play-Off?

Ada 4 pasukan yang terlibat dan layak untuk bermain dalam perlawanan EFL Championship Play-Off iaitu pasukan yang berjaya dapat tempat ke-3 sehingga ke-6 di penghujung musim. Yang terbaru ni, Leeds United, West Bromwich Albion, Aston Villa dan Derby County yang bersaing dalam perlawanan EFL Championship Play-Off.

Image Via : efl.com

Pasukan ke-3 akan berlawan dengan pasukan ke-6 dan pasukan ke-4 akan berlawan dengan pasukan ke-5 di peringkat separuh akhir, home dan away.

Image Via : sportinglife.com

Pasukan yang berjaya menang dalam perlawanan akhir EFL Championship Play-Off, secara automatik terus layak untuk bertanding dalam Premier League pada musim seterusnya. Pasukan yang kalah, cuba lagi tahun depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague) on

Ini bermakna, ada 3 pasukan baru yang akan bertanding dalam Premier League 2019/20 nanti iaitu Norwich City, Sheffield United dan Aston Villa. Tahun sebelum ni, Wolves, Cardiff City dan Fulham merupakan 3 pasukan baru yang bersaing dalam Premier League 2018/19.

KATALAKI: Sekarang dah faham dah kan?

Last modified: 28 May 2019