Apa Sebenarnya F:30 Ni?

Aktif, Bola

Selepas pasukan Harimau Malaya B-23 tak berjaya layak ke AFC U-23 Championship 2020 yang akan berlangsung kat Thailand nanti, salah satu misi dalam F:30 dah pun gagal iaitu Harimau Malaya B-23 layak ke Olimpik 2020 di Jepun. Tapi gagal satu tak semestinya bermakna gagal semuanya sekali.

Image Via : Harian Metro

Salah satu jalan untuk pasukan bola sepak yang nak bertanding dalam Olimpik 2020 ialah 3 negara terbaik dalam AFC U-23 Championship 2020 nanti iaitu juara, naib juara dan tempat ke-3 akan layak bertanding mewakili negara Asia untuk bersaing dalam Olimpik 2020 nanti.

Image Via : climbing.com

Apa F:30 Ni?

F:30 ialah satu pelan pembangunan bola sepak Malaysia yang dilancarkan oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa bertujuan untuk menjadikan pasukan bola sepak Malaysia antara lima negara terbaik Asia bertaraf dunia menjelang 2030.

Image Via : FAM

Dalam masa beberapa tahun untuk menjadikan Harimau Malaya antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030, ada 5 misi akhir yang perlu dicapai oleh pasukan bola sepak lelaki Malaysia dalam F:30 ni antaranya layak ke final Piala Asia AFC 2023, layak ke Sukan Olimpik 2020, layak ke Piala Dunia FIFA B-20 2023, layak ke Piala Dunia FIFA B-17 2021 dan menang Kejohanan AFF B-15 2021. Setakat ni tinggal 4 misi je yang boleh dicapai.

Image Via : FAM

Macam Mana Harimau Malaya Nak Layak Piala Asia AFC 2023?

Negara penganjur untuk Piala Asia AFC 2023 akan ditentukan oleh AFC pada 6 April 2019 sama ada China atau Korea Selatan. Sama gak macam kejohanan-kejohanan bola sepak yang lain, setiap pasukan kena bertanding dulu dalam pusingan kelayakan yang akan berlangsung bermula pada 6 Jun 2019 sehingga 29 Mac 2022 untuk menentukan layak atau tidak bertanding dalam Piala Asia AFC 2023 nanti.

Juara Piala Asia AFC 2019, Qatar. Image Via : the-afc.com

F:30 ni bukan pelan pembangunan bola sepak Malaysia untuk pasukan lelaki je, ada banyak lagi yang nak dicapai oleh FAM termasuk lah bola sepak wanita, futsal, infrastruktur dan banyak lagi menjelang tahun 2030. Kalau korang nak baca dengan lebih terperinci pasal F:30 ni, boleh usha kat sini.

KATALAKI: Dah lama sangat tak tengok skuad senior Harimau Malaya angkat piala.

Last modified: 2 April 2019