Ramai yang masih keliru dan kurang faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Financial Fair Play atau lebih dikenali dengan gelaran FFP selepas dua kelab kaya, Paris Saint-Germain dan Manchester City disiasat berkenaan dengan kes FFP.
“Innocent until proven guilty”.
Pep Guardiola has spoken out amid claims that Manchester City breached Financial Fair Play (FFP) rules.
Full story: https://t.co/Ojwb1RxwQj#MCFC pic.twitter.com/T5Xd67IjrU
— BBC Sport (@BBCSport) May 17, 2019
Apa Sebenarnya FFP?
FFP diluluskan oleh UEFA pada tahun 2010, bertujuan untuk mengawal setiap pasukan bola sepak daripada perbelanjaan yang melampau sehingga boleh mengancam kedudukan kewangan pasukan tersebut. Pada tahun 2011, UEFA mengetatkan lagi undang-undang FFP kepada pasukan-pasukan yang bernaung di bawah UEFA. Senang cerita, salah satu syarat utama di bawah FFP ialah setiap pasukan tak boleh berbelanja lebih daripada jumlah keuntungan yang diterima oleh pasukan tersebut setiap musim.
Manchester City have filed an appeal against Uefa’s claims they breached Financial Fair Play rules.
In full: https://t.co/I5i7OcVg1P #MCFC pic.twitter.com/FRQLQgDq3j
— BBC Sport (@BBCSport) June 6, 2019
Di bawah FFP, setiap pasukan kena menstabilkan kewangan pasukan menerusi belian dan jualan pemain, gaji, pendapatan menerusi siaran TV dan tiket perlawanan, cukai, dan juga sebarang keuntungan yang diperolehi menerusi aktviti komersial.
Middlesbrough chief Steve Gibson wants Financial Fair Play crackdown on Championship clubs | @SimonBird_ https://t.co/wKeIYHgICD pic.twitter.com/yE4g3UFl6g
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 14, 2019
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk stadium, kemudahan latihan, pembangunan bola sepak belia dan projek komuniti dikecualikan daripada FFP.
Denda Yang Boleh Dikenakan?
Kalau ada pasukan yang tak berjaya lepas syarat FFP yang ditetapkan oleh UEFA , antara denda yang boleh dikenakan termasuklah bayaran denda, digantung daripada membeli dan menjual pemain, pemotongan bayaran hadiah kejohanan, penolakan mata dan dikurangkan had pemain yang boleh didaftar untuk sebarang kejohanan UEFA.
AC Milan are facing a ban from Europe over alleged Financial Fair Play breaches 👉 https://t.co/L4372pkdy4 pic.twitter.com/ecHZp89VX2
— BBC Sport (@BBCSport) April 10, 2019
Pada tahun 2014, Manchester City pernah dikenakan bayaran denda dan dikurangkan had pemain untuk kejohanan UEFA selepas gagal mematuhi syarat FFP.
Manchester City face £49m fine and 21-man squad restriction in Champions League over FFPhttp://t.co/raAiLv7ts5 pic.twitter.com/wHdrhpqBjY
— The Independent (@Independent) May 6, 2014
Walaupun FFP ni nampak kejam sampai pasukan bola sepak boleh dikenakan macam-macam denda termasuk digantung daripada menyertai UEFA Champions League, sebenarnya ada gak kebaikan untuk masa depan. Pemain tak dijual beli dengan harga yang melampau dan boleh gak kawal hutang yang ditanggung oleh setiap pasukan. Kesian bila tengok ada pasukan bola sepak terpaksa dibubarkan sebab hutang yang melampau.
Paris-St Germain are to be investigated by Uefa over Financial Fair Play. https://t.co/McBeEC8VlB pic.twitter.com/ZHxwEhhung
— BBC Sport (@BBCSport) September 1, 2017
Banyak dah pasukan-pasukan gempak dan padu pada tahun 90an yang tak jaga kewangan kelab dan sekarang ni terus merudum bersaing di liga bawahan. Tu lah yang terjadi kepada pasukan Portsmouth kat England.
KATALAKI: Kelab yang kaya-raya tak semestinya boleh buat duit.