Apa Sebenarnya International Champions Cup 2019 Ni?

Aktif, Bola

International Champions Cup ialah satu kejohanan bola sepak yang menampilkan perlawanan persahabatan kelab-kelab ternama Eropah menjelang musim baru liga Eropah. Kiranya ni aksi panas badan kelab-kelab Eropah sebelum mulakan perlawanan yang kompetitif sepanjang musim.

Masa ni la kelab-kelab ternama Eropah nak uji pemain-pemain yang baru dibeli, pemain yang dah balik daripada cuti panjang lepas tamat saingan liga dan dalam masa yang sama mempromosikan kelab masing-masing kepada peminat yang jarang dapat tengok dorang beraksi depan mata.

Image Via : realsport101.com

International Champions Cup dah diadakan sejak tahun 2013 dan pada awalnya, hanya diadakan di Amerika dan Kanada, tapi kini perlawanan International Champions Cup dah pun melebarkan jajahannya sehingga ke Australia, China dan Singapura.

Format Perlawanan

Setiap tahun, jumlah pasukan yang bertanding berubah-ubah. Tapi untuk tahun 2019 ni, 12 pasukan yang akan bertanding antaranya Tottenham Hotspur, Atletico Madrid, Inter Milan, Juventus, AC Milan, Manchester United, Bayern Munich, Arsenal, Benfica, Roma, Chivas de Guadalajara dan Real Madrid.

Setiap pasukan akan ada 3 perlawanan dan pasukan yang berjaya kumpul mata tertinggi, akan dinobatkan sebagai juara International Champions Cup. Tahun lepas, Tottenham Hotspur berjaya jadi juara.

Secara keseluruhannya, 18 perlawanan akan diadakan, 11 perlawanan di Amerika Syarikat, 3 perlawanan di Eropah, 2 perlawanan di China dan 2 perlawanan di Singapura. Jadual perlawanan korang boleh tengok kat bawah ni.

Lokasi yang paling dekat untuk kita semua tengok team ternama Eropah beraksi depan mata kat Singapura la nampaknya. Bila lagi kita nak tengok Manchester United, Inter Milan, Juventus dan Tottenham Hotspur depan mata kan? Kalau korang nak beli tiket siap-siap, boleh beli kat sini.

KATALAKI: Harap-harap CR7 ada la masa Juventus datang Singapura nanti. Huhu.

Last modified: 29 March 2019