Apa Sebenarnya PlayStation Studios?

Tech, ZAP

Pada 12 May 2020, PlayStation melancarkan satu jenama baru dikenali sebagai PlayStation Studios menerusi video opening animation yang dimuat naik di saluran Youtube PlayStation. Korang dah tengok ke belum? Ada yang mula membandingkan PlayStation Studios dengan Marvel Studios memandangkan opening animation PlayStation Studios seakan-akan dengan opening animation yang selalu ditampilkan dalam filem-filem Marvel Studios. Persoalannya, apa sebenarnya PlayStation Studios ni?

PlayStation Studios merupakan jenama baru yang ditempatkan di bawah empayar PlayStation, menghimpunkan semua syarikat pereka permainan video yang dimiliki oleh PlayStation antaranya Polyphony Digital (Gran Turismo), Naughty Dog (Uncharted, The Last of Us), Insomniac Games (Spider-Man), Santa Monica Studio (God of War), dan Sucker Punch (inFamous). Game yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat ni juga eksklusif hanya boleh dimainkan di PlayStation.

PlayStation Studios dijangka akan dilancarkan sepenuhnya menerusi opening animation PlayStation Studios yang akan dimasukkan dalam setiap permulaan game terbaru PlayStation 4 dan PlayStation 5 di penghujung tahun 2020. Maknanya, lepas ni kalau game yang korang main tu ada opening animation PlayStation Studios, game tersebut dikelaskan sebagai game terbaik daripada PlayStation, dihasilkan oleh syarikat-syarikat pereka permainan video yang dimiliki oleh PlayStation. Walau bagaimanapun, game terbaru yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai iaitu The Last of Us: Part II dan Ghosts of Tsushima akan terlepas daripada menggunakan opening animation PlayStation Studios memandangkan game Last of Us: Part II dan Ghosts of Tsushima akan mula dipasarkan dalam masa terdekat.

Sejak PlayStation 4 mula diperkenalkan pada tahun 2013,  Uncharted 4: A Thief’s End, Marvel’s Spider-Man, The Witcher 3: Wild Hunt, God of War dan The Last of Us Remastered antara permainan video yang berjaya paling berjaya di PlayStation, terjual lebih daripada 10 juta cetakan di seluruh dunia.

KATALAKI: Game apa yang korang tengah main kat PlayStation 4 sekarang ni? Atau ada yang dah jual sebab dah tak sabar nak sambar PlayStation 5?

Last modified: 19 May 2020