Apa Sebenarnya VAR Ni?

Aktif, Bola

Kali ni kami nak cerita kat korang pasal VAR. Yang kaki bola mesti dah pernah dengar, yang tak tengok bola pun kena tahu gak apa benda sebenarnya VAR ni. Kami nak bagi korang betul-betul faham pasal VAR.

Video Assistant Referee atau VAR ialah barisan pembantu pengadil yang membantu pengadil utama di dalam padang untuk menilai semula keputusan pengadil utama dalam perlawanan bola sepak. Kali pertama VAR digunakan sepenuhnya oleh FIFA ialah masa Piala Dunia FIFA 2018.

Bila VAR Boleh Digunakan?

Dalam bilik VAR ada banyak skrin monitor daripada macam-macam sudut yang disediakan untuk pembantu pengadil kaji betul-betul situasi dalam padang. Ada 4 jenis situasi ni je yang membolehkan pengadil utama minta bantuan VAR dalam perlawanan bola sepak.

1 – Gol

VAR boleh masuk campur dalam penentuan gol sah atau tak. Sama ada melibatkan offside, handball, atau pun berlaku kekasaran, player tarik baju contohnya.

2 – Penalti

VAR boleh gak masuk campur dalam penentuan penalti. Apa-apa je foul yang terjadi kat dalam kotak penalti, VAR boleh tengok replay betul-betul untuk tentukan layak dapat penalti ke tak.

3 – Kad Merah

VAR boleh masuk campur dalam kekasaran pemain yang melampau dan memerlukan layangan kad merah sahaja. Maknanya pengadil utama tak boleh nak roger VAR suruh replay balik kekasaran yang tak berapa serius dan sepatutnya dilayangkan kad kuning je. Untuk kad kuning kedua pun tak boleh gunakan VAR.

4 – Tersalah Identiti

Nampak macam kelakar. Tapi memang dah pernah terjadi pemain A yang tackle kasar atau handball, pemain B yang kena kad merah. Pengadil boleh keliru dengan identiti pemain sebab ada je player yang seakan-akan sama. VAR memang dialu-alukan lah untuk situasi macam ni.

Boleh Ke Player Atau Manager Request Guna VAR?

Tak boleh. Pengadil je yang boleh tentukan nak guna VAR ke tak berdasarkan 4 situasi kat atas tu.

VAR Atau  Pengadil Utama Yang Lagi Berkuasa?

Pengadil utama yang tentukan keputusan. VAR boleh review je untuk pengadil utama. Apa-apa keputusan masih lagi di tangan pengadil utama

KATALAKI: Bila agaknya VAR ni akan sampai kat Liga Malaysia? PA system kat stadium pun DJ kenduri kahwin lagi best.

Last modified: 19 February 2019