Apa tu Ballon d’Or?

Aktif, Bola

Ballon d’Or 2018

4 Disember 2018, pemain tengah Croatia dan Real Madrid sah dinobatkan sebagai Ballon d’Or 2018 selepas menewaskan calon favourite Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Tahniah Luka Modric!

UEFA Men’s Player of the Year 2018. Sumber : Getty

Kemenangan Luka Modric sebenarnya sudah dijangka dari awal lagi selepas berjaya menggondol beberapa anugerah bola sepak untuk tahun 2018 antaranya UEFA Men’s Player of the Year dan The Best FIFA Men’s Player. Untuk tahun 2018, Luka Modric berjaya menang UEFA Champions League bersama Real Madrid dan berjaya membawa Croatia masuk ke final Piala Dunia FIFA 2018.

The Best FIFA Men’s Player 2018

Kemenangan Luka Modric juga sebenarnya mendapat beberapa kecaman memandangkan ramai yang mengharapkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang menang. Tapi kalau ikut pencapaian pemain bersama kelab dan negara, Luka Modric memang layak untuk menang Ballon d’Or 2018.

Kalau korang nak tahu, ini kali pertama sejak 2007, bukan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang menang Ballon d’Or. Selama 11 tahun, anugerah Ballon d’Or ni asyik dibolot oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo je. Tapi kita pun tahu macam mana kehebatan dan magik Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kat dalam padang. Bila Luka Modric berjaya kalah dua nama paling besar, memang kira gempak lah Luka Modric!

Apa tu Ballon d’Or?

Korang tahu tak apa maksud Ballon d’Or tu sebenarnya? Ballon d’Or tu bahasa Perancis. Kalau dalam English maksudnya Golden Ball. Anugerah bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh France Football, majalah bola sepak di Perancis untuk mengiktiraf pemain bola sepak yang beraksi di tahap terbaik setiap tahun. Undian untuk memilih pemain mana yang layak diiktiraf sebagai Ballon d’Or diberikan sepenuhnya kepada wartawan-wartawan bola sepak yang selalu memerhati perkembangan bola sepak eropah.

Ni final voting list untuk Ballon d’Or 2018.

KATALAKI: Kali terakhir player Premier League menang Ballon d’Or ialah pada tahun 2008, masa tu Cristiano Ronaldo masih lagi bermain untuk Manchester United. 10 tahun lepas!

Last modified: 4 December 2018