Pengulas Sukan Tapi Untuk E-Sport Di Malaysia

Game, Tech

Shoutcaster atau pun lebih senang kita panggil pengulas sukan untuk E-Sport jarang sekali dikenali walaupun mereka sebenarnya merupakan aset yang agak penting dalam E-Sport. Seperti E-Sport Player, shoutcaster juga mula menarik minat orang ramai untuk memilihnya menjadi kerjaya.

Selain mengulas permainan yang sedang berlangsung, shoutcaster juga mengalas tugas untu menghiburkan penonton dan membuatkan satu-satu perlawanan E-Sport itu lebih meriah.

Di Malaysia juga kita mempunyai beberapa shoutcaster yang boleh dikatakan berbakat dan hari ini kitorang nak kenalkan kepada korang beberapa orang shoutcaster yang semakin femes sekarang ini.

  1. IKUTO

Ikuto ataupun nama sebenarnya Radzi Rahman telah mula menceburi bidang shoutcasting sejak tahun 2015. Semuanya bermula bila satu hari Radzi telah terpilih untuk menjadi shoutcaster dalam Bahasa Malaysia untuk permainan MOBA League of Legends (LoL).

Ketika ditanya apakah acara E-Sport paling terbesar yang pernah dia cover, Radzi menyatakan Selangor Cyber Games dan Mobile Legends : Bang Bang Professional League adalah 2 acara E-Sport yang tak dapat dilupakan kerana mendapat banyak perhatian dan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Korang boleh follow Radzi di Facebook untuk mengetahui event E-Sport yang bakal di cover oleh Radzi.

  1. OnTheGo

(Sumber Gambar : Dom Fleming)

Partibhan atau lebih dikenali sebagai OnTheGo merupakan seorang shoutcaster untuk permainan DotA2. Partibhan yang mahir mengulas dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris membuatkan ulasannya lebih unik.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh Partibhan adalah semasa mengulas acara The International 8 DotA2 untuk Tamago baru-baru ini dan bakal mengulas untuk acara DotA2 terbesar di Malaysia iaitu The Kuala Lumpur Major.

Katanya walaupun idea mengulas dalam Bahasa Malaysia untuk DotA2 E-Sport dijadikan bahan ketawa oleh sesetengah orang dalam komuniti DotA2, pada semasa acara berlangsung lebih dari 1,000 penonton yang menonton. Bagi Partibhan itu adalah saat yang tidak dapat dilupakan selama dia menceburi bidang shoutcaster.

Korang jangan lupa follow Partibhan di Facebook untuk mengikuti perkembangan beliau.

  1. Lin LP

Lin LP atau nama sebenarnya Muhammad Ilham mula menceburi bidang shoutcaster sejak dari tahun 2016. Acara E-Sport pertama yang diulas oleh Ilham adalah League of Legends World Championship dan merupakan orang pertama shoutcaster dalam Bahasa Malaysia untuk eGG Network.

Ketika ditanya apakah nasihat yang terbaik yang boleh diberikan kepada mereka yang ingin mencuba untuk menjadi shoutcaster, Ilham memberitahu menjadi seorang shoutcaster bukan satu benda yang mudah.

Mereka juga kena pandai menghiburkan penonton dan salah satu caranya adalah melihat sambil belajar shoutcaster lain bagaimana mereka mengulas. Ilham juga menasihatkan mereka yang berminat untuk tidak menghiraukan komen dan cuba berlatih dihadapan orang ramai.

Ilham jugak merupakan salah seorang ahli NerdGamingMalaysia dan orang boleh follow dia Facebook.

Nampaknya bidang E-Sport ini membuka lebih banyak peluang kerjaya bukan saja sebagai pemain malah untuk mereka yang berminat menjadi seorang shoutcaster.

KATALAKI: Mana-mana kawan korang yang petah bercakap dan pandai main game tu bolehlah suruh dia cuba jadi shoutcaster HAHAHA!

Last modified: 11 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *