Apa Tu Hole Punch Display?

Gadget, Tech

Tahun 2018, bermacam-macam cara brand smartphone cuba buat untuk menghilangkan notch yang berada di atas smartphone. Ada yang cipta notch yang kecil seperti water drop design notch contohnya yang bagi aku design notch yang paling lawa pada tahun 2018.

Tahun ini pula nampaknya brand-brand ini cuba untuk menghilangkan terus notch daripada smartphone. Bagi Huawei, mereka mula mencipta Hole Punch Display yang khas untuk kamera hadapan saja dan memberikan display yang lebih besar kepada pengguna.

Baru-baru ini pihak Huawei telah mengeluarkan smartphone terbaru mereka untuk siri NOVA iaitu Huawei Nova 4. Smartphone terbaru daripada Huawei ini didatangkan dengan design Hole Punch FullView Display.

Huawei Nova 4 ini jugak didatangkan dengan processor Kirin 970, 8GB RAM dan 128GB memory. Aku agak terkejut jugaklah sebab dorang masukkan RAM yang besar gila untuk Huawei Nova 4 ini.

Selain daripada Hole Punch Display dan RAM dia yang besar, aku akan share kan dengan korang beberapa lagi ciri-ciri yang menarik untuk Huawei Nova 4 ini.

SAIZ KAMERA KECIL

Huawei Nova 4 ini didatangkan dengan design camera hadapan paling kecil yang ada pada industry smartphone sekarang iaitu cuma sebesar 3.05mm sahaja. Camera hadapan ini sebesar 25 Megapixel dan akan berada pada bahagian bawah display panel.

Bagi kamera belakang pula, Huawei meletakan triple camera bagi memantapkan lagi smartphone terbaru Nova 4 ini. Dengan kamera belakang sebesar 20 Megapixel untuk main kamera, 16 Megapixel Ultra Wide Angle untuk second kamera dan 2 Megapixel dengan Bokeh Lens untuk third kamera!

Huawei Nova 4 merupakan smartphone Nova pertama dalam sirinya yang didatangkan dengan Triple AI Camera dan Ultra Wide Angle lens. Sebelum ini, ciri-ciri ini cuma terdapat pada Huawei P20 Pro dan Huawei Mate 20.

DISPLAY MASA HADAPAN

Huawei Nova 4 juga merupakan smartphone Nova pertama yang dimasukan ciri Hole Punch display. Screen untuk Huawei Nova 4 ini adalah sebesar 6.4 inci dengan Punch FullView Display. Design ini bagi aku membuatkan Huawei Nova 4 ini nampak lain daripada smartphone yang ada dipasaran sekarang.

Dengan design yang nampak premium, Punch FullView display ini jugak membuatkan design bezelless display ke tahap yang lebih tinggi. Tak dilupakan placing kamera hadapan yang terdapat pada hole tadi membolehkan Huawei membuang terus notch dan dalam masa yang sama mencapai screento body ratio yang lebih besar iaitu sebanyak 91.8 peratus.

SPEKFIKASI YANG MANTAP

Dengan Kirin 970, Huawei Nova 4 memberikan processing power dan AI computation yang lebih powerful dan smart video editing experience. Selepas mengambil video dengan menggunakan Nova 4, korang boleh active kan automatic footage analysis dengan hanya satu tap.

Selain itu, Huawei Nova 4 juga support generasi terbaru GPU Turbo. Feature ini akan enhance pemprosesan graphic yang lebih ekfisen dengan optimising clock speed dan power consumption pada chipset Kirin 970.

Dengan GPU Turbo ini juga membuatkan Huawei Nova 4 dapat deliver accelerated, top framerate experience kepada geng mobile gamer walaupun sedang bermainan permainan video mobile yang premium dan memerlukan graphic yang tinggi.

GPU Turbo ini juga bertindak sebagai foundation augmenting core feature kepada Huawei Nova 4. Ianya bukan saja membuatkan EMUI dan penggunaan aplikasi yang lebih lancar, ianya juga support teknologi terkini seperti AR dan jugak VR.

Huawei Nova 4 ini jugak didatangkan dengan 3750mAh battery. Warna yang ada untuk Huawei Nova 4 ini ada dua iaitu Crush Blue dan Black. Kalau aku diberikan pilihan memang aku akan ambik yang Crush Blue sebab warna biru dia sangat menarik dan nampak cantik berbanding warna Black.

Smartphone terbaru Huawei ini akan mula dijuala pada 14 Feb 2019 dengan harga RM1899. So bagi korang yang tengah cari hadiah Valentine untuk awek korang bolehlah usya Huawei Nova 4. Kalau boleh beli yang warna Crush Blue sebab confirm awek korang suka punya!

KATALAKI: Harap Honor pun akan keluarkan design Hole Punch macam ni tapi pada harga yang lebih murah sikit huhuhu

Last modified: 30 January 2019