Apa Tu #OpenDoorChallenge?

Aktif, Sembang, ZAP, ZeKool

Sejak beberapa acara sukan tempatan dan dunia ditunda disebabkan penularan wabak COVID-19, kita sendiri sekarang ni mengalami perasaan kemaruk nak tengok balik video-video lama melibatkan aksi sukan yang kita kenang sampai bila-bila, termasuklah sukan ragbi, bola sepak, MotoGP, F1, badminton atau sukan-sukan yang lain.

Disebabkan kebanyakan negara termasuklah Malaysia memerlukan seluruh rakyat untuk duduk di dalam rumah bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, beberapa ahli sukan sama ada yang ternama atau tak ternama, nampaknya semakin aktif di media sosial untuk lebih mendekatkan diri bersama peminat di alam maya dan dalam masa yang sama, mengingatkan juga kepada semua tentang betapa pentingnya untuk terus kekal berada di dalam rumah setiap masa.

Disebabkan media sosial satu-satunya jalan keluar untuk kita semua berhubung dengan dunia luar, memang bertalu-talu cabaran-cabaran baru yang mula muncul di media sosial sekarang ni. Sampai dah takut nak like gambar orang sebab tak nak dicabar.

 

View this post on Instagram

 

Sempat potong rambut sebelum PKP tak? Rambut makin lama makin panjang. Kalau tak gunting rambut. Boleh jadi macam saya dulu ni. πŸ˜… #untiltomorrow

A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on

Macam tu lah meriahnya media sosial sekarang ni memandangkan semua dah terperap di dalam rumah. Tapi, menerusi media sosial juga, kita dapat tengok beberapa idea dan kreativiti yang terhasil disebabkan banyak masa yang terluang di rumah. Cabaran terbaru yang dikenali sebagai #OpenDoorChallenge, tercipta disebabkan peminat-peminat sukan dah terlalu rindu dengan aksi sukan kegemaran masing-masing.

Menggabungkan unsur imaginasi, kreativiti dan social distancing,Β #OpenDoorChallenge adalah cabaran media sosial terbaru yang menyebabkan organisasi sukan ternama juga terlibat, mengenai video aksi sebarang sukan yang ditayangkan di TV, komputer dan sebagainya, bila sampai ke saat kemuncak, kamera akan beralih ke pintu rumah dan terus berada di bahagian penonton aksi sukan tersebut.

Sama ada sukan bola sepak, golf, bola keranjang atau tenis, #OpenDoorChallenge berjaya memberi penawar kepada peminat sukan yang dah lama dahagakan aksi sukan secara live sekarang ni.

KATALAKI: Waktu sekarang ni, boleh tegak bulu roma tengok video macam ni.

Last modified: 6 April 2020