Apa Yang Akan Berlaku Kalau Malaysia Layak Ke Pusingan Seterusnya?

Aktif, Bola

Walaupun Harimau Malaya tewas kepada UAE dalam perlawanan ke-2 untuk pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, prestasi pemain-pemain dan corak permainan yang ditunjukkan dalam perlawanan tersebut memang layak dipuji. Bukan senang nak berhadapan dengan pasukan yang berada jauh di dalam ranking FIFA. Untuk info, dalam kejohanan Piala Asia 2019 yang lepas, UAE berjaya sampai hingga peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Qatar.

Setakat 2 perlawanan ni, Malaysia berada di tempat ke-3 dengan jumlah pungutan mata sebanyak 3 mata. UAE berada di tempat ke-2 dengan kelebihan kurang 1 perlawanan berbanding Malaysia.

Perlawanan seterusnya untuk Harimau Malaya akan berlangsung pada 10 Oktober 2019 menentang Vietnam di Hanoi. Dah boleh la korang minta cuti siap-siap dan get ready untuk awayday ke Hanoi. Selepas perlawanan menentang Vietnam, Harimau Malaya akan kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menerima kunjungan Thailand pada 14 November 2019 dan musuh tradisi yang ditunggu-tunggu untuk datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu Indonesia pada 19 November 2019. 3 perlawanan terakhir Harimau Malaya dalam saingan perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan bersambung pada tahun 2020 nanti.

Apa Yang Akan Berlaku Kalau Malaysia Layak Ke Pusingan Seterusnya?

Walaupun perjalanan Harimau Malaya masih lagi jauh dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023, tapi ni yang akan berlaku sekiranya Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan seterusnya.

Hanya 12 pasukan je yang akan layak ke pusingan seterusnya iaitu pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023. 12 pasukan tersebut terdiri daripada 8 pasukan yang berjaya menjadi juara untuk setiap kumpulan dan 4 pasukan terbaik yang menjadi naib juara dalam pusingan ke-2. 12 pasukan ni juga secara automatik layak untuk bertanding dalam Piala Asia 2023.

12 pasukan yang layak ke pusingan ke-3 akan diundi dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, 6 pasukan setiap kumpulan. Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan yang akan layak bertanding di Piala Dunia 2022. Pasukan yang berada di tempat ke-3 setiap kumpulan akan bertemu sesama sendiri untuk layak ke perlawanan inter-confederation play-off.

Dalam perlawanan inter-confideration play-off, 4 pasukan daripada setiap konfederasi bola sepak iaitu 1 pasukan daripada AFC, CONCACAF, CONMEBOL dan OFC akan bertemu untuk merebut 2 slot ke Piala Dunia 2022.

KATALAKI: Siapa lagi yang nak naikkan semangat pemain-pemain Harimau Malaya untuk buktikan Malaysia mampu bersaing di peringkat tertinggi di dunia kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia. Malaysia boleh!

Last modified: 13 September 2019