Apa Yang Berlaku Antara Isteri Wayne Rooney & Isteri Jamie Vardy Sebenarnya?

Aktif, Bola

Bila seseorang tu bergelar selebriti, semua benda yang ada kena-mengena dengan selebriti tersebut akan sentiasa menarik perhatian orang ramai termasuklah perkara yang melibatkan ahli keluarga. Kalau selebriti tersebut terkenal di seluruh dunia, lagi ramai la orang nak ambil tahu. Apatah lagi kalau keluarga selebriti tersebut mendedahkan sesuatu perkara secara umum di media sosial.

Baru-baru ni, isteri kepada Wayne Rooney iaitu Coleen Rooney meluahkan perasaan di Twitter mengenai perbuatan isteri kepada Jamie Vardy iaitu Rebekah Vardy yang cuba menjual cerita mengenai Wayne Rooney dan isteri kepada wartawan.

Menurut Coleen Rooney, ada seseorang dah membocorkan segala aktivitinya dan Wayne Rooney yang dimuat naik di Instagram Story secara peribadi. Salah satu cara yang dilakukan oleh Coleen Rooney untuk mencari siapa yang menjual cerita mengenai Coleen Rooney dan Wayne Rooney ialah menghalang atau block semua orang daripada melihat Instagram Story yang dimuat naik kecuali hanya seorang je yang boleh tengok Instagram Story tersebut iaitu Rebekah Vardy, isteri kepada Jamie Vardy.

Korang boleh baca sendiri luahan Coleen Rooney yang dimuat naik di Twitter pada 9 Oktober 2019 kat bawah ni.

Rebekah Vardy ada respons di Instagram berkenaan isu ni tak lama selepas Coleen Rooney lepas geram di Twitter.

Untuk info, Wayne Rooney buat masa ni masih lagi aktif sebagai pemain bola sepak profesional di Amerika Syarikat bersama pasukan D.C United. Jamie Vardy pula masih lagi bersama dengan pasukan Leicester City sejak tahun 2012. Dua-dua belum lagi respons apa-apa di media sosial mengenai isu yang melibatkan isteri masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wayne Rooney (@waynerooney) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jamie Vardy (@vardy7) on

KATALAKI: Ni lah yang boleh terjadi bila media sosial disalah guna, digabungkan pula dengan perangai kawan makan kawan. Kita tunggu je lah sama ada isu akan dibawa ke mahkamah atau tidak

Last modified: 14 October 2019