Apa Yang Berlaku Di Sebalik Gambar Yang Gempak

Sembang

Tipu la kalau korang tak pernah jadi mangsa untuk tangkap gambar ootd chinggey ataupun kawan-kawan korang. Tuhan je yang tahu betapa terseksanya jiwa dan raga bila kena tangkap gambar berkali-kali sampai la chinggey ataupun kawan korang tu puas hati dengan hasil tangkapan korang.

Bila gambar tersebut dimuat naik kat media sosial, tak semua orang tahu macam mana aksi tunggang terbalik yang berlaku di sebalik gambar yang cun melecun tu sebenarnya. Kali ni, kami nak kongsikan apa yang berlaku di sebalik gambar yang gempak menerusi sebuah akaun di Instagram yang tunjukkan gambar sebelum dan selepas. Kita mulakan dengan gambar yang pertama.

Korang teringin tak nak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan peta terbakar yang jadi background untuk gambar yang gempak macam ni?

Jurufoto yang dikenali sebagai Geo Leon dan berasal dari Amerika Syarikat, juga sebenarnya merupakan pengajar seni pertahanan diri selain daripada aktif menghasilkan gambar-gambar potrait wanita.

Selain daripada menghasilkan gambar yang ditangkap di luar studio, Geo Leon juga menggunakan warna sebagai salah satu cara untuk menggempakkan lagi persembahan di dalam gambar.

Geo Leon ada gak YouTube channel kalau korang teringin nak tengok apa yang berlaku masa sesi tangkap gambar bersama wanita yang ditampilkan dalam gambar Geo Leon. Sambil-sambil tu Geo Leon ada gak bagi tahu tip-tip penting untuk hasilkan gambar yang terbaik.

Image Via : youtube.com

Ada banyak lagi gambar boek-boek yang pernah dimuat naik oleh Geo Leon kat Instagram siap sekali dengan gambar di sebalik tabir. Korang boleh usha kat Instagram Geo Leon ni okeh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Geo Leon (@geoleon) on

KATALAKI: Mungkin lepas ni kalau korang ada gambar yang gempak nak post kat Instagram boleh post sekali gambar di sebalik tabir?

Last modified: 26 September 2019