Apa Yang Buatkan Jam Tangan Jadi Mahal

Sembang

Jam tangan bukan sekadar penunjuk waktu, tetapi lebih kepada perhiasan zaman sekarang. Sebabnya kalau sekadar nak tengok masa, dekat smartphone yang dilengkapi segala kemudahan pun boleh jadi penunjuk masa kita. Jam yang datang daripada pelbagai jenama sememangnya mempunyai keistimewaan masing-masing. Dan keistimewaan ini yang membezakan harga setiap jam. Bagi yang meminati jam, sememangnya untuk memiliki jenama jam yang dikategorikan sebagai branded adalah menjadi satu kemahuan. Korang yang minat jam mesti macam ni kan. Tapi kadang-kadang tu terfikir juga apa yang membuatkan jam tangan jenama terkenal ni mahal sangat. Takkan sekadar menunjukkan masa je boleh jadi mahal sampai beribu.

Walaupun kita semua golongan marhaen, tapi bila nampak jam tangan yang lawa-lawa kita akan rasa nak beli. Selain perhiasan, jam tangan yang mahal-mahal ni semua kita boleh jadikan aset sebab harga jual balik pun still mahal lagi. So kali ni jom kita selidik sikit apa yang jadikan sesuatu jam tangan tu mahal.

CARA JAM MAHAL BERFUNGSI BERBEZA

Adakah jam tangan yang berjenama mahal ni berfungsi lain dengan jam tangan yang biasa? Jawapannya adalah betul, kedua-duanya berfungsi dengan cara yang lain. Tapi yang lebih efisyen fungsinya adalah pada jam tangan murah. Kebanyakkan jam tangan sekarang menggunakan quartz movement, atau untuk mudah faham ia menggunakan tenaga bateri. Jadi bateri akan menghantar arus elektrik melalui quartz crystal yang kecil dan kemudian menghasilkan 32,768 getaran yang dikira sebagai satu saat. Quartz movement diperkenalkan oleh Seiko pada tahun 1960-an dan merupakan kiraan saat paling tepat dalam jam tangan serta kos servis yang rendah.

Kalau ikut pada fungsi yang baik, sepatutnya jam tangan yang menggunakan quartz movement lah yang paling mahal. Kebanyakkan jam tangan yang dianggap luxury seperti jenama Rolex adalah jenis mekanikal. Kita boleh lihat banyak roda-roda gear yang kecil digunakan untuk membuat sepasang jam tangan seperti Rolex berfungsi. Sekali padang sure kita akan cakap cara pembikinan jam ni sangat complicated, jadi sesuai lah dengan harganya yang mahal. Pembuatan jam yang terbaik di dunia kebanyakkannya dibuat di Switzerland dan sudah tentu jam-jam tangan berjenama ni akan menggunakan khidmat pembuatan jam terbaik. Kalau korang nampak jam tangan member korang ada tulis ‘Swiss Made’ maksudnya bukan biasa-biasa jam dia pakai tu.

Kalau nak tahu sebenarnya quartz movement ni adalah lebih tepat berbanding mekanikal seperti jam tangan Rolex. Jam tangan mekanikal memerlukan penyelenggaraan berkala. Maksudnya agak leceh juga lah sebab perlukan penjagaan rapi. Tapi satu perkara yang membezakan jam mekanikal dengan quartz, iaitu pergerakan jarum saat. Pergerakan jarum saat pada jam tangan mekanikal adalah pergerakan seperti menyapu, manakala quartz mempunyai pergerakan tick tick tick. Ini cara terbaik nak tahu jam branded yang member korang pakai tu original ke tak.

MAHAL KERANA JENAMA

Okay yang ni semua orang dah tahu dan agak obvious. Ada di antara kita yang pakai jam tangan mewah sekadar untuk memberitahu status diri. Contoh kalau pakai jam tangan jenama Hublot maksudnya dia ni seorang yang berjaya. Jadi sebab itu sesetengah jenama jam tangan seperti Rolex menjadi mahal, sebab ramai orang-orang yang kaya membelinya sekaligus menjadikan ia jam tangan mewah. Tambahan lagi, jam tangan mewah biasanya digambarkan sebagai Veblen good – bermaksud harga yang tinggi akan menyebabkan permintaan yang tinggi. Kira konsep supply and demand tidak terpakai pada barangan mewah.

PEMBUATAN YANG RUMIT DAN TELITI

Tetapi sebenarnya kualiti bahan yang digunakan pada jam tangan mewah bukan lah yang terdapat pada kebanyakan jam tangan. Ada jam yang dibuat menggunakan logam berkualiti tinggi serta batu permata. Selain itu, pelaburan R&D bagi setiap pembuatan jam tangan juga telah melonjakkan lagi harga sesebuah jenama jam. Jadi kalau kita beli jam tangan yang mahal, ianya mahal bukan sekadar pada bahan yang digunakan, tetapi juga nilai pelaburan yang dilaburkan untuk menghasilkan jam yang berkualti.

Pembuatannya juga sangat teliti dan banyak antara jam tangan mewah ini disiapkan menggunakan tangan. Kira jam handmade lah. Banyangkan bahagian-bahagian kecil pada jam dipasang dengan sangat kemas dan teliti. Masa yang diambil untuk menyiapkan seutas jam tangan juga adalah lama. Dan mereka yang menyiapkan jam tangan mewah semuanya adalah yang mahir di dunia. Selepas itu terdapat juga perkhidmatan penyelenggaraan yang dijamin oleh setiap jenama jam ini, walaupun korang dah pakai jam tu lebih sedekad. Semua ini melibatkan kos dan ia menjadikan jam tangan tersebut mahal.

Akhir sekali tentu lah marketing bagi setiap jam tangan mewah ini yang menggunakan artis-artis ternama untuk membawa nama brand diorang dan juga menaja major events. Marketing mahal, maka barangnya pun mahal lah juga.

KATALAKI: Rasanya pakai smart watch lagi function kot dari pakai jam tangan mewah ni..

Last modified: 21 April 2020