Apa Yang Dah Jadi Dengan Daniel Sturridge?

Aktif, Bola

Penyokong Liverpool yang dah tak sabar nak menjulang piala Premier League musim 2019/20 ingat lagi tak dengan penyerang utama Liverpool yang pernah menyarung jersi bernombor 15? Mari kita tengok balik perjalanan Daniel Sturridge yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan ternama Premier League dan pernah gak merasa menang UEFA Champions League sebanyak 2 kali.

Daniel Sturridge yang dilahirkan pada 1 September 1989, mula terlibat dalam gelanggang bola sepak Premier League selepas dibeli oleh Manchester City daripada Coventry City pada tahun 2003, ketika berumur 14 tahun. Selepas 6 tahun bakat diasah oleh akademi bola sepak Manchester City dan seterusnya diserapkan ke dalam pasukan utama, Daniel Sturridge berpindah ke Chelsea pada tahun 2009. Masa ni orang kaya Arab baru je beli Manchester City.

Musim pertama kat Chelsea, Daniel Sturridge berjaya menang FA Cup selepas menewaskan Portsmouth di perlawanan akhir. Pada tahun 2011, Daniel Sturridge sekali lagi berpindah pasukan, kali ni dipinjamkan kepada Bolton Wanderers selama separuh musim dan kembali bersama Chelsea sehingga tahun 2013.

Selama 4 tahun menyarung jersi Chelsea, Daniel Sturridge berjaya menang 4 piala antaranya FA Cup pada tahun 2010 dan 2012, juara Premier League pada tahun 2010 dan UEFA Champions League pada tahun 2012.

Selepas mengalami kecederaan yang serius dan pasukan Chelsea yang bertukar-tukar pengurus, Daniel Sturridge dibeli oleh Liverpool pada tahun 2013. Bersama Liverpool, Daniel Sturridge berjaya mencipta gandingan padu bersama Luis Suarez yang digelar SAS (Suarez and Sturridge).

Tahun 2014 merupakan tahun kemuncak buat Daniel Sturridge bersama Liverpool sehingga berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak Premier League untuk musim 2013/14 dibelakang Luis Suarez.

Di penghujung tahun 2014, prestasi Daniel Sturridge mula merudum selepas mengalami beberapa kecederaan yang berulang dan tempatnya di kesebelasan utama dicabar oleh Roberto Firmino yang tiba di Liverpool pada tahun 2015.

Pada tahun 2018, Daniel Sturridge pernah dipinjamkan untuk separuh musim ke pasukan West Bromwich Albion dan hanya beraksi dalam 3 perlawanan selepas sekali lagi terlibat dengan isu kecederaan. Kembali beraksi bersama Liverpool untuk musim 2018/19, Daniel Sturridge dapat merasa pegang piala UEFA Champions League buat kali ke-2 walaupun tak beraksi dalam perlawanan akhir menentang Tottenham Hotspur. Daniel Sturridge merupakan pemain bola sepak pertama yang berasal dari England berjaya menang piala UEFA Champions League dengan 2 pasukan yang berbeza. Pada tahun 2019, Daniel Sturridge berpindah ke Trabzonspor untuk beraksi di liga bola sepak Turki.

KATALAKI: Rezeki setiap pemain bola sepak tu tak sama dan tak menentu walaupun memang power gila kat dalam padang, sama ada terbabit dengan kecederaan yang berulang atau selalu sangat berpindah pasukan.

Last modified: 13 January 2020