Apa Yang Kita Kena Tahu Pasal Kebakaran Hutan Amazon

Sembang

Sekarang ni tengah kecoh pasal isu kebakaran yang berlaku kepada hutan paling besar di dunia iaitu hutan Amazon yang meliputi 9 negara, French Guiana, Suriname, Guyana, Bolivia, Ecuador, Venezuela, Colombia, Peru dan Brazil. Untuk info, Brazil merupakan negara paling besar yang diliputi oleh hutan Amazon.

Apa Yang Berlaku Dengan Hutan Amazon Sebenarnya?

Pada tahun 2019, kadar kebakaran yang berlaku di Hutan Amazon semakin meningkat dan berada di tahap yang membahayakan. Terutama sekali kepada penduduk sekitar kawasan hutan Amazon dan juga penduduk dunia disebabkan kadar karbon yang dihasilkan daripada kebakaran tersebut mula menceroboh atmosfera bumi.

Apa Punca Kebakaran?

Image Via : independent.co.uk

Setiap tahun memang ada kebakaran yang berlaku di hutan Amazon. Tapi sekarang ni kebakaran semakin teruk disebabkan perbuatan manusia yang tidak dikawal dengan betul termasuk lah peneroka haram yang menebang dan membakar pokok sesuka hati dan petani yang membakar ladang di sekitar kawasan hutan Amazon untuk memudahkan kerja pertanian. Pembakaran yang dilakukan sesuka hati pula menjadi semakin buruk dengan keadaan suhu dan iklim bumi yang tidak menentu menyebabkan kebakaran merebak sehingga tak boleh dikawal.

Perlu Ke Kita Risau Dengan Kebakaran Hutan Amazon?

Perlu. Pembakaran sesuka hati yang dilakukan kepada hutan paling besar di dunia boleh mengancam spesies tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar yang semakin pupus sekarang ni. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan liar yang susah nak dijumpai kat hutan-hutan yang lain, ada di hutan Amazon. Ancaman juga berlaku kepada penduduk asli yang tinggal di dalam hutan Amazon.

Bayangkan lah kalau hutan di Malaysia terbakar macam mana jerebu yang menimpa kepada penduduk setempat, ini kan pula hutan terbesar di dunia teruk terbakar.

Apa Yang Kita Boleh Buat Untuk Bantu Hutan Amazon Daripada Terbakar?

Buat masa ni, pemimpin-pemimpin dunia dah mula menyuarakan kerisauan mengenai kebakaran yang berlaku di hutan Amazon dan mendesak pihak bertanggungjawab terutama sekali presiden Brazil, Jair Bolsonaro mula bertindak tegas untuk menjaga dan membaik pulih hutan Amazon dalam masa yang sama, turut menawarkan bantuan untuk mengawal kebakaran yang berlaku di hutan Amazon.

Selebriti popular juga mula lantang membidas beberapa pihak supaya peka dengan kebakaran yang berlaku di hutan Amazon antaranya Leonardo Dicaprio.

 

View this post on Instagram

 

#Regram #RG @earthalliance #EarthAlliance, launched in July by @LeonardoDiCaprio, Laurene Powell Jobs, and Brian Sheth, has formed an emergency Amazon Forest Fund with a commitment of $5 million dollars to focus critical resources for indigenous communities and other local partners working to protect the life-sustaining biodiversity of the Amazon against the surge of fires currently burning across the region. Join Us. 100 percent of your donation will go to partners who are working on the ground to protect the Amazon. Earth Alliance is committed to helping protect the natural world. We are deeply concerned about the ongoing crisis in the Amazon, which highlights the delicate balance of climate, biodiversity, and the wellbeing of indigenous peoples. To learn more or to donate, please visit ealliance.org/amazonfund (see link in bio) Photos: @chamiltonjames, @danielbeltraphoto 2017

A post shared by Leonardo DiCaprio (@leonardodicaprio) on

Sebagai individu, salah satu yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan aktiviti pembakaran hutan dan penebangan pokok sesuka hati sama ada kebakaran yang melibatkan hutan Amazon ataupun hutan di negara kita sendiri ialah kurangkan penggunaan kertas dan apa-apa produk yang berasaskan kayu. Semakin tinggi permintaan kertas dan kayu daripada pengguna, semakin banyak pokok ditebang dan hutan dibakar.

KATALAKI: Sekarang ni kalau waktu siang dan malam pun kita boleh nampak jerebu semakin teruk dan nak bernafas pun rasa asap kat dalam hidung.

Last modified: 5 September 2019