Apa Yang Kita Kena Tahu Sebelum Layan No Time To Die?

Sembang, ZAP, ZeKool

Walaupun dah lebih 60 tahun watak James Bond wujud sejak tahun 1953, tapi kalau ada filem terbaru James Bond yang akan ditayangkan di pawagam, mesti dapat perhatian satu dunia. Betapa besarnya jenama James Bond ni, rata-rata majoriti penduduk dunia mesti tahu James Bond tu apa, betul?

Tak lama lagi, filem James Bond yang ke-25, No Time To Die akan mula ditayangkan. Watak James Bond masih lagi dilakonkan oleh Daniel Craig yang dah memegang watak James Bond selama 14 tahun sejak tahun 2006. Rasanya, filem James Bond ni dah tak boleh nak disusun jalan cerita daripada filem pertama yang ditayangkan pada tahun 1962, Dr. No, sampai yang terkini. Sebab tu kalau nak layan jalan cerita James Bond, kena tengok siri filem James Bond mengikut pelakon yang melakonkan watak James Bond. Sebelum kita pergi tengok filem No Time To Die kat wayang, apa yang kita patut tahu?

Benda pertama yang paling penting kita kena tahu, filem No Time To Die sepatutnya mula ditayangkan kat Malaysia pada 9 April 2020, terpaksa ditunda ke bulan November disebabkan wabak Coronavirus yang masih lagi menghantui penduduk dunia. Bukan kena tunda untuk ditayangkan kat Malaysia je, tapi seluruh dunia. Filem No Time To Die juga merupakan filem Hollywood pertama yang mula bertindak menundakan tarikh tayangan disebabkan wabak Coronavirus.

PENGARAH BARU

Selain daripada pelakon, pengarah filem juga merupakan individu paling berpengaruh yang akan menentukan macam mana rupa filem tersebut bila ditayangkan di pawagam. Kali pertama Daniel Crag memegang watak James Bond adalah menerusi filem Casino Royale pada tahun 2006, diarahkan oleh Martin Campbell yang pernah mengarahkan filem James Bond yang ke-17, Golden Eye, The Mask of Zorro dan The Legend of Zorro.

Filem kedua Daniel Craig berlakon sebagai James Bond pada tahun 2008, Quantum of Solace, diarahkan oleh Marc Foster yang pernah mengarahkan filem Stranger than Fiction pada tahun 2006.

Filem ketiga dan keempat Daniel Craig memegang watak 007 menerusi filem Skyfall (2012) dan Spectre (2015), diarahkan oleh pengarah yang sama, Sam Mendes yang baru-baru ni menang besar dengan filem 1917.

Yang terkini, untuk filem terbaru James Bond, No Time To Die diarahkan oleh pengarah baru dikenali sebagai Cary Joji Fukunaga yang berasal dari Amerika Syarikat, berdarah campuran Amerika-Jepun.

Walaupun ini kali pertama mengarahkan filem berreputasi dan berbajet tinggi, tapi sebenarnya Cary Joji Fukunaga bukan nama baru dalam bidang pengarahan. Sebelum mula fokus untuk mengarahkan filem No Time To Die, Cary Joji Fukunaga pernah terlibat sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit untuk drama bersiri True Detective dan filem Sin Nombre, Jane Eyre dan It Chapter One.

NAMA BESAR

Disebabkan James Bond merupakan jenama yang besar, dorang dah semestinya akan jaga betul-betul siapa individu yang dipertanggungjawabkan untuk terlibat dengan filem James Bond, sebab tu masih boleh kekal relevan sampai sekarang. Kalau dah pengarah pun bukan biasa-biasa, pelakon pun mesti la yang gempak-gempak.

Selain daripada Daniel Craig, pelakon-pelakon ternama lain yang juga terlibat dalam filem No Time To Die adalah Rami Malek, Léa Seydoux, Christoph Waltz, Ben Whishaw dan Ana de Armas.

PALING PANJANG

Sebelum ni, filem Spectre yang ditayangkan pada tahun 2015, berdurasi selama 148 minit ataupun 2 jam 28 minit, merupakan filem James Bond berdurasi paling panjang yang pernah dihasilkan.

Untuk filem terbaru ni, No Time To Die, dikatakan akan memadam rekod yang dipegang oleh filem Spectre, berdurasi lebih lama dan lebih panjang daripada filem-filem James Bond yang pernah dihasilkan sebelum ni. Apa agaknya makna yang tersembunyi disebalik durasi filem No Time To Die dipanjangkan? Ada gak yang mengatakan filem No Time To Die merupakan filem terakhir lakonan Daniel Craig sebagai James Bond. Jadi, kita standby je lah dengan babak ending filem No Time To Die nanti. Daniel Craig dah berlakon sebagai James Bond selama 14 tahun menerusi 5 filem, pelakon yang paling lama pernah berlakon sebagai James Bond.

KATALAKI: Selain daripada pelakon yang berlakon sebagai James Bond, pelakon yang jadi Bond Girls pun memainkan peranan yang penting gak.

Last modified: 9 March 2020