Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Area 51?

Sembang

Aku rasa korang semua dah tahu tentang ada satu event yang akan dijalankan pada 20 September 2019 ini. Event yang pada mulanya hanya satu lawak yang dibuat oleh Matty Roberts itu mengajak orang ramai untuk menyerbu Area 51, satu kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Event yang di post dekat Facebook itu dinamakan sebagai Storm Area 51, They Can’t Stop All of Us telah melihatkan lebih daripada 1.6 juta orang bersetuju untuk menyerbu tempat tersebut. Ini telah menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan amaran dan mengambil serius tentang event ini.

Tapi kenapa dorang nak menyerbu tempat ini? Apa yang ada dekat tempat tersebut? well sebelum aku terangkan better aku bagitahu tentang sejarah tempat ini dahulu. Kali pertama orang ramai tahu tentang Area 51 ini adalah kerana nama tempat ini pernah disebut dalam satu laporan tentang Perang Vietnam.

Area 51 ini terletak dikawasan Nevada dan 134KM dari Las Vegas. Pada tahun 1955, tempat ini pada mulanya digunakan untuk kawasan ujian penerbangan namun sekarang fungsi tempat tersebut telah menjadi tanda tanya ramai pihak.

Antara theory paling kuat mengatakan pihak berkuasa Amerika Syarikat menggunakan tempat tersebut untuk menyembunyikan kewujudan makhluk asing daripada orang awam dan negara-negara lain. Ada juga yang menyatakan tempat tersebut digunakan untuk mencipta dan menguji senjata-senjata terbaru America Syarikat.

Area 51 ini sememangnya sebuah tempat larangan kepada orang awam tapi sebenarnya tempat ini tidaklah dikawal terlampau ketat seperti apa yang orang selalu katakan. Korang masih boleh pergi hampir dengan kawasan pagar Area 51 dan kalau korang cuba menceroboh, korang mungkin cuma akan disaman sahaja dan bukannya ditempak mati seperti yang diwar-warkan.

Nama asal Area 51 sebenarnya adalah Paradise Ranch dan pada mulanya pihak berkuasa Amerika Syarikat membawa beberapa orang jurutera untuk tinggal dan berkerja disini untuk mencuba dan mencipta beberapa teknologi untuk membantu Amerika Syarikat menang dalam Perang Dingin.

Kapal terbang dan ujian pertama yang mereka lakukan dikawasan ini dinamakan sebagai project U-2 Program. Selepas itu, orang-orang awam yang tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut mula melihat benda-benda pelik yang terbang diangkasa.

Dan disebabkan kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh menyatakan apa sebenarnya yang dorang tengah buat dekat Area 51 tersebut, theory tentang wujudnya UFO makhluk asing dikawasan tersebut semakin dipercayai wujud.

Antara project dan experiment yang pernah dilakukan dekat Area 51 adalah project Bird of Prey, sebuah jet pejuang yang sukar untuk dikesan oleh pihak musuh pada tahun 90an. Banyak lagi project yang dijalankan ditempat ini namun detail tentang project tersebut sangat sukar untuk dicari.

Antara project dan experiment lain adalah cubaan untuk mencipta senjata yang menggunakan Direct Energy dan juga Laser Weapon. Namun benda yang paling orang suka tentang theory Area 51 ini tetap tentang kewujudan makhluk asing.

Mereka menyatakan yang pihak Amerika Syarikat telah menyimpan makhluk asing dan kapal mereka yang pernah muncul di Roswell sebelum ini di Area 51. Theory ini telah diperkuatkan lagi apabila Bob Lazar, seorang jurutera yang dikatakan pernah bekerja dikawasan Area 51 memberitahu apa sebenarnya yang dorang buat dekat sana.

Dia memberitahu pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang cuba mengambil teknologi yang dorang jumpa dekat kapal makhluk asing tersebut dan cuba untuk meletakkannya dekat jet-jet pejuang mereka. Bob Lazar telah membocorkan rahsia ini apabila di telah muncul di sebuah rancangan TV di Amerika Syarikat pada tahun 1989.

Jadi korang dah nampakkan kenapa dorang cuba untuk menyerbu Area 51 ini pada 20 September 2019 nanti. Sama ada dorang betul-betul akan teruskan dengan rancangan dorang ataupun tak akan sorang pun muncul dekat kawasan itu nanti, yang pasti sehingga sekarang kita masih belum pasti apa sebenarnya yang berlaku dekat Area 51.

KATALAKI: Bayangkan bila dorang serbu nanti betul-betul ada makhluk asing dekat dalam Area 51!

Last modified: 31 July 2019