Apa Yang Korang Boleh Buat Dengan Smartphone Lama?

Sembang

Disebabkan teknologi yang semakin canggih dan boleh dikatakan setiap 5 bulan mesti ada smartphone baru yang keluar, mesti ada antara korang yang masih lagi simpan dan tak guna smartphone yang lama. Apa je yang korang buat dengan smartphone lama tu? Jangan simpan dalam kotak je brader.

Ni kami nak bagi cadangan kat korang apa yang boleh dibuat dengan smartphone lama tu.

Main Game

Image Via : besttechie.com

Bukan je dapat jimatkan saiz memory smartphone yang korang tengah guna sekarang ni, tapi boleh gak jimatkan bateri. Kalau main game je mesti smartphone korang panas kan? Tu belum kira lagi kalau tengah nak main game masa tu la chinggey nak luahkan perasaan. Gunakan smartphone lama korang tu install game yang korang selalu layan.

Alarm Bangun Tidur

Image Via : seethrumag.com

Ada gak yang jenis suka sorok smartphone yang tengah guna bila nak tidur. Sebab takut tidur diganggu dengan notifications group Whatsapp yang tak pernah berhenti. Kalau guna airplane mode kang orang tak dapat cari lak kalau ada emergency. Boleh la gunakan smartphone lama tu set alarm bangun setiap pagi. Korang jenis yang set alarm bangun pagi setiap 5 minit ke setiap 30 minit?

VR

Image Via : techradar.com

Lebih kurang sama gak macam function untuk main game tadi. Korang boleh gunakan smartphone lama korang untuk layan VR. Tak kisah la untuk main game ke, tengok movie ke atau layan YouTube ke. Boleh gak jimat duit daripada beli VR Headset yang mahal-mahal tu. Guna smartphone pun boleh.

Video Editing

Image Via : cleveroad.com

Sekarang semakin ramai yang kreatif dan rajin edit video sendiri guna smartphone. Daripada korang penuhkan memory untuk simpan video yang banyak dalam smartphone yang tengah guna, smartphone yang lama boleh jadi tempat untuk simpanan video korang yang dah siap edit atau pun on the way nak edit.

KATALAKI: Smartphone lama yang dah rosak dan tak boleh digunakan lagi tu make sure korang buang kat tempat yang betul. Buang merata-rata boleh rosakkan alam sekitar.

Last modified: 25 April 2019