Apa Yang Korang Kena Faham Pasal Black Friday

Sembang

Kalau korang berminat untuk baca artikel ni maknanya mesti korang dah pernah dengar perkataan Black Friday, betul? Apa benda sebenarnya Black Friday ni? Black Friday merupakan hari selepas sambutan hari Thanksgiving yang disambut di Amerika Syarikat pada hari Khamis ke-4 dalam bulan November setiap tahun. Korang jangan keliru antara Black Friday dengan Boxing Day lak. Boxing Day disambut pada hari selepas sambutan Hari Natal atau Christmas di Amerika Syarikat.

Kalau kat Amerika Syarikat, hari selepas sambutan hari Thanksgiving yang digelar Black Friday menandakan musim membeli-belah untuk menyambut Hari Natal atau Christmas dah pun bermula. Sebab tu banyak kedai-kedai atau jenama-jenama di Amerika Syarikat buat jualan potongan harga masa Black Friday. Di zaman yang semakin moden ni, Black Friday bukan berlaku kat Amerika Syarikat je tapi di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Terma Black Friday tu pun bukannya ditetapkan secara rasmi. Di Amerika Syarikat, terma Black Friday pernah digunakan untuk satu peristiwa atau kejadian melampau yang pernah berlaku sebelum ni. Disebabkan hari selepas Thanksgiving banyak kedai buat jualan potongan harga yang melampau, lalu lintas jadi sesak, pusat membeli-belah dibanjiri dengan manusia, kedai pun jual barang macam dah nak tutup kedai, maka terma Black Friday mula digunakan oleh pihak media dan kekal sehingga kini.

Tahun 2019 ni, Black Friday akan disambut pada 29 November 2019. Jadi, kalau tengah nak beli barang berjenama, tahan dulu nafsu tu. Tunggu Black Friday, silap-silap harga barang yang korang nak beli tu jadi murah sampai tak masuk akal. Tapi korang kena rajin la jalan-jalan kat internet menjelang Black Friday untuk cari barang yang korang nak.

Info penting untuk korang, selain daripada Black Friday, ada lagi satu terma membeli-belah yang semakin tersebar luas sekarang ni iaitu Cyber Monday yang disambut pada hari Isnin selepas sambutan hari Thanksgiving. Cyber Monday ni bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membeli-belah secara atas talian atau online. Senang cerita, Cyber Monday ni sama macam Black Friday, tapi versi online.

KATALAKI: Gaji masuk pun 25 hari bulan, memang ngam la tu untuk Black Friday & Cyber Monday.

Last modified: 6 December 2019