Apa Yang Korang Kena Tahu Pasal Hari Raya Aidilfitri

Sembang

Lemang, rendang, ketupat, kuih raya, bunga api, duit raya dan bermaafan-maafan, semua ni melambangkan suasana Hari Raya Aidilfitri kat Malaysia. Ada sesetengah orang yang gembira di Hari Raya, ada gak yang sayu dalam kemeriahan Hari Raya. Sebaiknya, kita bersederhana semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba nanti. Tapi sebelum korang raya sakan nanti, ini yang korang kena tahu pasal Hari Raya Aidilfitri.

Image Via : packist.com

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah untuk meraikan hari kemenangan umat islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.

Image Via : says.com

Hari Raya Aidilfitri pertama kali disambut oleh umat Islam selepas Perang Badar pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah. Umat Islam berjaya mencapai kemenangan walaupun 319 orang tentera Muslimin menentang 1,000 pasukan kafir Quraisy. Pada tahun tersebut, Rasulullah SAW dan para sahabat merayakan dua kemenangan iaitu kejayaan dalam Perang Badar dan kejayaan menewaskan hawa nafsu sepanjang sebulan berpuasa.

Image Via : publicholidays.com.my

Pada tahun 1983, negeri Johor dan Perak pernah sambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Ini disebabkan ada kekeliruan mengenai cerapan anak bulan yang sukar dilihat disebabkan faktor cuaca.

Image Via : utusan.com.my

Isu ini selesai selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja bersetuju untuk menggunakan kaedah Rukyah (cerapan anak bulan) dan Hisab ( kiraan ahli falak ) untuk menentukan tarikh 1 Ramadan dan 1 Syawal.

Image Via : utusan.com.my

Sejak tahun 1983, Hari Raya Aidilfitri disambut serentak di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga hari ni.

KATALAKI: Ada tak yang pernah merasa dan ingat lagi dengan kejadian yang terjadi masa tahun 1983 tu?

Last modified: 29 May 2019