Apa Yang Korang Patut Tahu Pasal Quarter Final, UCL 2018/2019

Aktif, Bola

UEFA Champions League (UCL) musim 2018/2019 dah nak masuk peringkat suku akhir dah ni. Confirmed ramai fans pasukan Premier League seronok sakan sebab Manchester City, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspurs semua berjaya layak. Kecuali fans Chelsea dan Arsenal, dorang tak layan UCL ni, dorang lebih suka UEFA Europa League (UEL).

Sejarah 10 Tahun

Ini kali pertama dalam sejarah UCL sejak musim 2008/2009, 4 team daripada Premier League berjaya layak ke peringkat suku akhir. Buat masa ni, takde lagi liga negara eropah lain yang berjaya layak ke suku akhir sebanyak 4 pasukan.

Masa musim 2008/2009, pasukan yang berjaya layak ialah Liverpool, Chelsea, Manchester United dan Arsenal. Manchester City masa ni baru je dibeli oleh orang kaya Arab. Belum lagi tahu macam mana nak eja “Champions League”.

Satu Je Team Dari Sepanyol

Buat kali pertama sejak musim 2009/2010 , satu je team dari Sepanyol yang layak ke peringkat suku akhir UCL tahun ni. Barcelona tak pernah lagi tak layak ke peringkat suku akhir sejak musim 2006/2007.

Juara UCL 2017/2018, Real Madrid disingkirkan oleh Ajax dan Atletico Madrid disingkirkan oleh Juventus dalam perlawanan peringkat round of 16 hari tu.

Pep Guardiola & UCL

Pep Guardiola dah berjaya layak ke peringkat suku akhir UCL sebanyak 9 kali daripada 10 kempen UCL bersama Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City. Musim 2016/2017, Pep Guardiola dan Manchester City tersingkir di di peringkat round of 16 selepas kalah kepada AS Monaco.

Pep Guardiola dah 2 kali berjaya jadi juara UEFA Champions League bersama Barcelona pada tahun 2009 dan 2011.

Jadual Perlawanan

Suku Akhir Champions League (1st Leg)
  • 10 April: Liverpool  vs. Porto
  • 10 April: Tottenham Hotspur vs. Manchester City
  • 11 April: Ajax  vs. Juventus
  • 11 April: Manchester United  vs. Barcelona
Suku Akhir Champions League (2nd Leg)
  • 17 April: Juventus vs. Ajax
  • 17 April: Barcelona vs. Manchester United
  • 18 April: Porto vs. Liverpool
  • 18 April: Manchester City vs. Tottenham Hotspur
Separuh Akhir Champions League
  • Tottenham Hotspur atau Manchester City vs. Ajax atau Juventus
  • Manchester United atau Barcelona vs. Liverpool atau Porto

KATALAKI: Susah nak baca siapa yang boleh jadi juara tahun ni. Barcelona la favourite untuk menang kot?

Last modified: 18 March 2019