Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Disney+!

Sembang

Disney+ merupakan satu platform streaming service terbaru yang mana akan dilancarkan pada 12 November 2019 tahun ini. Disney+ dilihat sebagai satu platform yang mungkin boleh mengalahkan streaming platform yang popular sekarang seperti Netflix.

Apa yang menariknya untuk streaming platform Disney+ ini, ia membawakan semua content daripada Disney dan juga syarikat-syarikat dibawahnya seperti Marvel dan juga Star Wars. Perlu diingatkan yang Apple TV Plus juga dikatakan akan dilancarkan pada bulan November juga cuma lebih awal iaitu pada 1 November 2019.

Banyak siri-siri yang exclusive daripada Disney+ yang akan dilancarkan contohnya daripada Marvel kita akan ada She Hulk, Moon Knight dan juga Ms. Marvel. Tidak dilupakan mereka turut menyatakan siri What If? dan juga Wandavision. Aku paling tak sabar nak tengok ada adalah siri What If? dia yang mana dia akan merubah jalan cerita superhero Marvel yang kita tahu dan lakukan sedikit plot twist kepada jalan cerita mereka!

Kevin Feige ada memberitahu yang untuk siri What If? akan ada satu episode khas untuk setiap MCU filem yang telah dikeluarkan sebelum ini. Dia juga memberitahu yang pelakon-pelakon asal akan meyumbangkan suara mereka untuk siri What If? ini.

Bagi bahagian Star Wars pula, Disney turut mengesahkan yang Ewan McGregor yang mana sebelum ini membawa watak Obi-Wan Kenobi dalam filem Star Wars akan kembali dan akan mempunyai siri dia sendiri namun buat masa ini belum ada lagi tajuk khas untuk siri ini.

Satu lagi siri terbaru daripada Star Wars adalah siri The Mandalorian yang mana daripada trailer yang ditunjukkan, kita akan dapat melihat kehidupan sebagai seorang bounty hunter dalam dunia Star Wars. Selain itu season terbaru untuk siri Clone Wars turut dipertunjukan.

Kalau dilihat daripada segi harga, nampaknya Disney+ lebih murah berbanding dengan Netflix. Untuk Disney+ harga yang ditawarkan adalah serendah USD6.99 sebulan sehingga USD69.99 setahun. Berbeza untuk Netflix yang mana harga terendah dia adalah USD8.99 sebulan. Untuk Apple TV Plus pula harganya jauh lebih murah daripada kedua-dua platform ini iaitu USD4.99 namun aku belum nampak siri-siri yang menarik dekat Apple TV Plus. Harga-harga ini mengikut harga pasaran US lah.

Terdapat banyak cara untuk korang akses dan nikmati kandungan daripada Disney+ ini. Antaranya korang boleh layan dekat:

  • Apple Tv, iPhone dan iPad
  • Smartphone dan TV yang menggunakan Android operating system seperti Chromecast
  • Xbox One
  • Playstation 4

Bagi aku, aku masih lagi 50/50 dengan apa yang ditawarkan oleh Disney+. Walaupun dia mempunyai harga langganan yang lebih murah daripada Netflix, aku masih tidak tahu sama ada content yang dorang tawarkan dalam streaming platform ini menarik ataupun tidak.

Sebab buat masa ini, aku sangat suka dan selesa dengan content yang Netflix tawarkan seperti Stand Up Special daripada pelawak-pelawak terkenal walaupun harga dia lebih mahal daripada Disney+. Kalau Disney+ dilancarkan di Malaysia nanti, aku mungkin akan tunggu dulu dan tengok review siri-siri yang dorang tawarkan baru aku boleh buat pilihan samada ianya berbaloi untuk dilanggan ataupun tidak.

KATALAKI: Banyak Marvel siri yang dikeluarkan dekat Netflix sebelum ini yang aku rasa agak hambar storyline dia so…..

Last modified: 26 September 2019