Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Pedophilia!

Sembang

Pada minggu lepas, gempar di social media berkenaan salah seorang pesalah pedophilia warga Malaysia yang pernah ditahan dan dipenjarakan di London pada tahun 2015 kerana kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Nur Fitri Azmeer telah dihukum penjara selama 9 bulan dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia. Dia yang dikatakan merupakan “pelajar pintar” telah ditahan di kediamannya dan polis telah menjumpai sebuah komputer riba yang penuh dengan bahan-bahan terlarang berkategori A sebanyak 601 imej dan video dan beratus bahan lucah berkategori B dan C.

Kes dia mula menjadi pembualan netizen apabila dia dikatakan sedang belajar di UKM, Bangi. Ini telah membuatkan ramai warga Malaysia merasakan tidak patut dia dibiarkan bebas begitu sahaja di Malaysia dan ada juga yang menyatakan rakyat perlu memberikan dia peluang kedua.

Aku tiada apa nak tambah berkenaan ini kerana bagi aku, perogol dan pedophile merupakan manusia paling hina dan kalau keputusan ditangan aku, manusia begini sepatutnya dicampakkan saja dalam kandang buaya. Tapi hari ini aku nak fokus untuk bagitahu apa dia sebenarnya pedophile/pedophilia ini dan kenapa aku rasa manusia begini tak perlu wujud dekat muka bumi.

Pedophilia merupakan satu perasaan tarikan seksual terhadap kanak-kanak yang mana seorang dewasa teransang dan selalu berfantasi terhadap seorang kanak-kanak yang berumur bawah daripada 18 tahun. Walaupun banyak kes pedophilia melibatkan pesalah lelaki namun ada juga kes yang melibatkan pesalah wanita.

Di Malaysia terdapat beberapa kes besar pedophilia yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia. Antaranya adalah kes Richard William Huckle yang merupakan seorang warga British. Dia telah ditahan kerana didapati melakukan serangan seksual kepada kanak-kanak semasa dia sedang menyamar sebagai seorang guru dan jurugambar di Malaysia.

Dia dikatakan merupakan pesalah pedophilia British paling teruk dan dia didapati melakukan 71 kesalahan dan telah dihukum penjara selama 25 tahun. Dia bukan sahaja mengaku bersalah, malah bangga dengan kesalahan yang dia telah lakukan. Tidak dilupakan Malaysia juga pernah gempar dengan penemuan satu group chat Telegram yang mana didapati tempat pedophilepedophile di Malaysia berkumpul.

Berdasarkan sumber project-chance.org, terdapat beberapa ciri-ciri seorang pedophile, antaranya adalah mereka lebih gemar bergaul dengan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa yang sebaya dengannya, dia juga mungkin pernah menjadi mangsa seorang pedophile semasa dia kecil, gemar mencari kerja yang banyak bergaul dengan kanak-kanak dan gemar mengumpul gambar-gambar atau video bogel kanak-kanak.

Banyak lagi benda yang kerajaan Malaysia perlu lakukan untuk membenteras gelaja pedophilia daripada berleluasa di Malaysia. Ibu bapa juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana selalunya kes-kes pedophilia yang berlaku, pelaku merupakan ahli keluarga atau kenalan rapat kepada mereka.

Antara langkah yang boleh diambil adalah ibu bapa perlu tahu adakah dikawasan perumahan mereka terdapat pedophile. Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai sistem dimana pesalah-pesalah ini akan didaftar dalam satu senarai khas dan bila mana mereka menetap disatu kawasan, orang-orang dikawasan tersebut akan dapat tahu yang ada pesalah ini dikawasan ini supaya mereka lebih berhati-hati.

Ibu bapa dan orang dewasa disekeliling juga perlu tahu tentang aktiviti anak mereka. Pedophile ini biasanya akan mencari kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada penjaga mereka dan akan mula memberikan perhatian kepada kanak-kanak ini untuk membuatkan mereka berasa selesa berada dengannya sebelum melakukan aktiviti terkutuk ini.

Ibu bapa turut perlu mengajar anak-anak tentang batasan pergaulan. Beritahu kepada mereka bahagian anggota badan mana yang tidak patut disentuh orang lain. Mereka juga perlu diajar untuk tidak bercakap dengan orang yang mereka tidak kenal dan ibu bapa perlu rajinkan bertanya kepada anak-anak tentang apa yang mereka lakukan seharian kerana selalunya pedophile ini akan meminta mereka merahsiakan apa-apa kejadian daripada ibu bapa mereka. Tidak dilupakan untuk sentiasa alert tentang perubahan sikap anak-anak!

KATALAKI: Macam yang aku cakap, perogol dan pedophile merupakan manusia yang paling hina bagi aku. Ini termasuklah mereka yang cuba membela nasib pedophile dengan alasan mereka perlu diberikan “peluang kedua”!

Last modified: 28 August 2019