Apex Legends Perkenalkan Legends Baru!

Game, Tech

Apex Legends baru sahaja memulakan season terbaru dan beberapa update dan Legends baru telah pun diperkenalkan. Apex Legends Season 3 Meltdown telah memperkenalkan Map, Battle Pass dan juga senjata terbaru untuk digunakan oleh semua pemain dan peminat permainan video Apex Legends.

Map terbaru yang diperkenalkan sebagai World’s Edge yang terletak di Planet Psamathe. Map terbaru ini dilihat agak mencabar kerana mempunyai beberapa elemen yang mungkin boleh dijadikan advantage dan juga disadvantage kepada pemain.

Di dalam map ini kita boleh lihat terdapat lava dan juga chemical ice. Bagi memudahkan pemain bergerak, Apex Legends turut meletakkan high-speed cargo train dan geysers pada map ini. Pemain boleh menggunakan train untuk bergerak dengan lebih cepat ataupun melompat pada geysers untuk terbang supaya tidak dilihat oleh enemy.

Seperti yang aku cakap tadi, Season terbaru ini juga memperlihatkan Legends baru iaitu Crypto diperkenalkan. Legends terbaru ini dilihatkan mempunyai kelebihan untuk hacking dan mengawal drone untuk memberikan kelebihan kepada dirinya. Dibawah ini merupakan skill yang terdapat pada Legends baru ini:

NEUROLINK: Crypto dan ahli kumpulannya boleh melihat feedback yang ditunjukkan oleh Surveillance Drone. Keluasan untuk feedback ini adalah seluas 30 meter.

SURVEILLANCE DRONE: Sama seperti Neurolink, Crypto boleh melepaskan drone ke udara dan drone tersebut akan memperlihatkan jika terdapat musuh disekeliling Crypto dan menanda enemy tersebut untuk memudahkan Crypto menyerang hendap enemy tersebut.

DRONE EMP: Ini merupakan Ultimate bagi Crypto. Ianya akan membuatkan Drone yang mengikuti Crypto charge up EMP. EMP ini akan menyebabkan 50 shield damage, memperlahankan enemy dan memusnahkan traps yang telah dipasang oleh enemy.

Senjata baru turut diperkenalkan untuk Season 3 yang dipanggil sebagai Charge Rifle. Bagi peminat permainan video Titanfall, pastinya mereka tahu tentang senjata ini yang mana pernah diperlihatkan dalam permainan video tersebut.

Charge Rifle merupakan satu energy sniper rifle yang menembak singleround bursts static electricity. Senjata baru ini boleh menggunakan beberapa attachment seperti Extended Energy Mag, Scope dan Sniper Stock. Damage yang dilepaskan dari senjata ini boleh pergi sehingga 75 damage per shot jika ditembak pada bahagian badan enemy.

KATALAKI: Dah lama tak main Apex Legends, bolehlah start main balik malam ni.

Last modified: 3 October 2019