5 Aplikasi Android Yang Tak Masuk Akal!

Gadget, Tech

Zaman sekarang bermacam-macam aplikasi yang ada dalam setiap smartphone. Korang sendiri dalam phone korang mesti ada bermacam-macam app. From social media, game, selfhelp app dan bermacam-macam lagilah.

via GIPHY

Tapi bukan semua app yang dalam Google Play itu berguna. Ada aplikasi yang langsung tak masuk akal and mahal pula tu. Walaupun mahal dan useless tapi masih lagi ada orang yang download dan beli aplikasi ini dekat Google Play. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa aplikasi Android yang tak berguna dan tak masuk akal yang ada dekat Google Play!

ABU MOO COLLECTION

Abu Moo Collection ini mungkin app yang paling tak berguna yang pernah aku tengok. Terdapat 6 apps dalam collection ini dan setiap satunya berharga RM1,337! Mesti korang tertanya-tanya apa yang apps ini mampu buat sampai mahal macam itu?

Well app ini tak ada fungsi lain selain korang dapat letakkan widget berbentuk batu permata dekat home screen korang dan menunjuk dekat membermember korang yang korang terlampau banyak sangat duit sampai tak tahu nak buat apa!

FAN COOLER

Sekarang ini memang cuaca tengah panas. So kalau korang nak tambah dengan bagi hati korang pula panas, apa kata korang download app Fan Cooler ini. Nak sakitkan hati member korang yang tengah berpeluh pun boleh juga hahaha!

Kalau korang tak faham lagi apa fungsi app Fan Cooler ini, bila korang buka sahaja aplikasi Fan Cooler ini, satu fan cooler yang biasa korang tengok dalam PC korang itu akan keluar dan akan mula bergerak. Yep itu sahaja fungsi dia.

HUMAN TO CAT TRANSLATOR

Mesti ramai korang yang bela kucing dekat rumahkan? Kadang-kadang bila korang tengah marah kucing korang buat sepah or panggil dia datang makan mesti korang rasa “Eh kucing ni paham ke tak apa yang aku cakap ni?”

Well mungkin korang kena download app Human To Cat Translator ini untuk berborak dengan kucing korang. Dalam app ini akan ada beberapa bunyi yang selalu kucing selalu keluarkan. Tapi jaga-jaga sebab aku takut muka korang yang kena cakar dengan kucing korang sebab dia menyampah dengan bunyi yang keluar from this app.

YO

Korang malas nak tulis Yo bila message member korang? Sekarang korang tak perlu risau sebab dah ada aplikasi yang akan send perkataan Yo sahaja dekat member korang. Itu sahaja function dia, App ini cuma akan tulis perkataan Yo sahaja.

Dalam aplikasi Yo ini, akan ada counter yang akan kira berapa banyak perkataan Yo yang korang dah hantar dekat kawan-kawan korang. Korang boleh bayangkan tak betapa pemalasnya orang yang ada aplikasi Yo ini dalam smartphone dorang?

TICKLE MOBILE

Korang tak ada member orang or tak ada orang nak kawan dengan korang? App Tickle Mobile ini mungkin aplikasi yang paling sesuai dengan korang yang kesunyian dan kesepian. Seperti nama dia, bila korang buka sahaja aplikasi ini korang cuma perlu tickle screen smartphone korang.

Bila korang geletek screen smartphone korang, akan ada bunyi orang ketawa. Bagi aku aplikasi ini memang creepy gila. Aku harap tak adalah diantara korang yang download aplikasi macam ini. Kalau korang sunyi pergilah download app macam Tinder ke apa. At least dekat app Tinder korang berborak dengan manusia real.

via GIPHY

Itu sahaja aplikasi yang paling tak berguna dan tak masuk akal yang aku jumpa. Share dengan kawan-kawan korang article ini takut-takut dalam smartphone dorang ada app macam ini hahaha!

KATALAKI: Kalau aku kaya, dah lama dah aku download app Abu Moo Collection!

Last modified: 10 April 2019