Aplikasi-Aplikasi Pembelian Barangan Keperluan

Tech, ZAP, ZeKool

Disaat kita diperintahkan untuk duduk di rumah, stay at home ini adalah kita kena pastikan bekalan makanan serta isi rumah mencukupi dan dalam pada masa yang sama kita jugak kena pastikan kita tidak berada dalam keadaan paranoid dengan panic buying sehingga menghabiskan bekalan di kedai untuk mereka yang juga memerlukan.

Ada yang kata “aahh susah la nak keluar rumah, nak beli barang time-time macam ni kena pakai mask, gloove”. Memang betul pun bro, nak-nak lagi kalau korang sejenis yang paranoid untuk berada di luar rumah mahupun menyentuh apa saja benda yang ada di kedai tu.

Tapi tahu tak korang yang korang pun sebenarnya tak perlu untuk keluar rumah kalau nak membeli barangan keperluan semua ni. Macam kami pernah katakan sebelum ini, kita bernasib baik sebab mengamali Perintah Kawalan Pergerakan disaat kita mempunyai teknologi-teknologi yang memudahkan kita semua untuk mendapatkan apa saja.

Bukan makanan je yang ada delivery, even barang dapur atau bekalan seharian pun kita boleh dapatkan menerusi delivery. Harini kami nak listkan beberapa aplikasi di smartphone yang boleh membantu korang untuk dapatkan bekalan isi rumah korang.  

HAPPY FRESH

HappyFresh adalah aplikasi pembelian barangan yang membenarkan penguna untuk membeli barangan daripada supermarket atau kedai-kedai runcit tertentu mengikut lokasi tatapan yang dipilihkan. Sistem pembelian yang tersedia untuk penguna Happy Fresh adalah menerusi daripada laman web rasmi ataupun aplikasi yang boleh dimuat turun di Android atau iOS.

Dengan pembelian barangan yang boleh dibayar melalui kad kredit atau debit. Happy Fresh juga membenarkan penguna untuk membuat bayaran dalam bentuk tunai juga. Happy Fresh juga turut didatangkan dengan personal shoppers yang terlatih untuk memilih barangan yang berkualiti daripada pesanan yang dibuat oleh penguna.

Bukan sahaja barangan runcit je, dekat aplikasi HappyFresh ini jugak korang boleh dapatkan barangan basah, frozen food, dairy & eggs, dan termasuk jugak barangan keperluan harian. Makanan ikan pun ada untuk korang beli.

BUNGKUSIT

Ini adalah sebuah lagi aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penghantaran. Aplikasi ini juga bukan sahaja menyediakan penghantaran barangan dapur atau keperluan sahaja, tetapi korang juga boleh membuat pesanan untuk makanan di kedai makan atau gerai yang terpilih mengikut lokasi yang ditetapkan.

Aplikasi Bungkusit ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran juga, so kalau korang nak kirimkan apa saja jenis bungkusan kepada member, korang boleh pesan dekat rider aplikasi Bungkusit ni. Aplikasi ini tersedia untuk penguna smartphone Android OS atau pun iOS.

MY GROSER

Image via: mygroser.com

Ini adalah antara aplikasi yang mendapat rating yang tinggi buat para penguna Android OS. Untuk penghantaran barangan runcit, barangan dapur dan sebagainya, aplikasi ini menjanjikan tahap kebersihan yang rapi buat setiap barangan yang dipesan oleh penguna aplikasi My Groser.

Aplikasi ini juga turut meliputi penghantaran di seluruh lembah Klang. Jadi buat mereka yang sedap mencari alternatif untuk membeli barangan keperluan seharian boleh la try aplikasi ini juga.

Macam biasa, bila musim Perintah Kawalan Pergerakan ni berlangsung, sudah tentu ramai yang mengunakan aplikasi-aplikasi penghantaran makanan dan barangan keperluan seperti aplikasi-aplikasi yang kami nyatakan diatas ini. Ini hanya lah beberapa saja yang korang boleh cuba. Tapi ingat, seelok-eloknya kalau nak beli barang mengunakan aplikasi-aplikasi ni, pastikan korang pilih slot penghantaran pada awal pagi. Kalau lambat sangat nanti slot penghantaran penuh pula.

KATALAKI: Memang kita patut berterima kasih kat apps ni. Membantu kita semua betul!

Last modified: 30 March 2020