Aplikasi Berguna Hari Raya!

Aktif, Gadget, Tech

Tak sampai seminggu lagi kita dah nak sambut hari raya dan sekarang ini aku tengok semua orang dah bersiap sedia dengan baju raya dan bermacam-macam lagi. Setiap orang dalam family korang ada task dorang sendiri time raya ini. Mak korang sibuk dengan masak rendang, adik perempuan korang sibuk kemas rumah dan adik laki korang pula sibuk main bunga api dekat luar hahaha!

Tapi apa pula task korang? Well untuk korang yang kaki gadget, pastikan smartphone korang ada aplikasi-aplikasi dekat bawah ini supaya kalau ada apa-apa berlaku family korang boleh harapkan korang. Hari ini aku akan share dengan korang beberapa aplikasi yang bagi aku sangat berguna masa sambutan hari raya.

ANYLIST

Masa nak raya ini mesti banyak barang dapur nak kena beli. Lagi-lagi kalau rumah korang ada buat open house. Nak pergi beli barang dekat pasar kadang-kadang bila balik rumah mesti ada terlupa satu atau dua barang lepas itu malas nak patah balik pergi pasar.

Well korang tak risau bila korang ada aplikasi Anylist ini sebab aplikasi ini memang dibuat khas untuk senaraikan segala barang-barang dapur yang korang nak kena beli. Selain daripada buat senarai barang, korang juga boleh simpan receipts barang-barang yang korang beli. Korang boleh download aplikasi ini dekat Playstore ataupun di App Store.

SERVISHERO

Tengah sibuk melayan tetamu yang datang beraya dekat rumah, tiba-tiba air conditioner korang tak berfungsi pula. Ataupun korang terbangun lambat tak sempat nak kemas rumah sebab kejap lagi sedara mara nak beraya dekat rumah korang?

Apa yang korang perlu buat adalah download saja aplikasi ServisHero ini dan masukkan request korang dalam aplikasi ini. Semua service ada disediakan dalam aplikasi ini daripada kemas rumah, repair air conditioner, plumbing sampailah ke pemindahan barang-barang. Senang cerita semua lengkaplah bro! Cepat download dekat Playstore ataupun dekat App Store.

REDBUS

Aku tahu ramai orang-orang yang jenis confident lebih bila nak beli tiket bas nak balik beraya. Bukan main lagi cakap “Alah lambat lagi nak raya, tak habislah tiket bus” sampailah hari nak balik kampung, baru dia meraung sebab tiket bus semua dah habis. Kalau ada pun start raya kelima baru ada tiket balik!

Kalau korang tak nak jadi macam ini, cepat-cepatlah download aplikasi redBus dekat smartphone korang. Korang tak perlu nak pergi stesen bas lagi. Just tempah saja tiket bas korang daripada lebih 80 syarikat bas yang disediakan dalam aplikasi redBus ini. Korang boleh download dekat Playstore ataupun di App Store.

AIRBNB

Bila beraya dekat kampung, mesti ramai saudara-mara yang turut sama balik beraya betul tak? Mula-mula memang seronok tapi yang tak berapa nak best dia bila time nak tidur sebab semua bilik penuh sekali dengan ruang tamu penuh anak-anak buah dengan saudara mara korang.

Memanglah orang cakap, tidur ramai-ramai macam inilah best tapi kalau dah sampai ke bilik air kau terpaksa tidur pun tak syok juga bro! jadi untuk selesaikan masalah ini, aku syorkan korang download saja aplikasi Airbnb dan cari rumah dan bilik sewa yang murah-murah untuk korang guna. Lagi satu tak adalah korang kena berebut guna bilik air pagi raya nanti! Download sekarang dekat Playstore ataupun dekat App Store.

KATALAKI: Tahun ini macam kurang saja kes budak-budak masuk hospital main mercun, dorang semua sibuk main beyblade ke? hahaha!

Last modified: 10 June 2019