Sekarang ini boleh dikatakan terdapat berjuta-juta aplikasi yang direka untuk smartphone jadi tak terkejutlah ada di antara aplikasi ini yang tidak diketahui oleh orang ramai. Agak merugikan jugalah sebab ada di antara aplikasi ini yang sangat bagus dan sangat berguna.

Image Via: https://www.thelaki.com.my
Tapi korang tak perlu bimbang sebab aku dah cuba cari beberapa aplikasi untuk Android dan juga IOS yang bagi aku sangat underrated tapi dalam masa yang sama mungkin sangat-sangat berguna untuk korang yang memerlukannya.
RUNPEE

Image Via: https://theeyeopener.com
Aku tahu ada satu masa bila korang tengok wayang, mesti korang akan terasa nak buang air kecil ataupun besar tapi korang terpaksa tahan sebab takut terlepas scene–scene yang menarik betul tak? Benda ini pernah terjadi dekat aku masa movie Avengers: Endgame.

Image Via: https://www.imore.com
Jadi untuk tak terlepas scene–scene yang menarik masa korang tengok movie, korang kena install aplikasi ini sebab dengan aplikasi ini, ia akan bagitahu dekat korang masa bila yang sesuai untuk korang pergi ke toilet bila korang tengok movie supaya tak terlepas scene yang best! Korang boleh download untuk IOS dan juga Android.
1BLOCKER LEGACY

Image Via: https://apps.apple.com
Setiap kali buka website dekat smartphone, mesti korang akan bengang sebab banyak sangat pop–up yang keluar sampai korang jadi menyampah nak buka website tersebut. Jadi untuk stop semua pop–up ini, apa yang korang perlukan adalah aplikasi ads blocker.

Image Via: https://backstage.1blocker.com
Kalau korang pengguna IOS, aku cadangkan untuk korang gunakan aplikasi 1Blocker Legacy. Aplikasi ini mempunyai pelbagai setting yang korang boleh gunakan untuk pelbagai pop–up dan malware yang selalu korang jumpa. Korang boleh download dekat SINI.
TEMP MAIL

Image Via: https://apps.apple.com
Nak sign up apa-apa dekat internet memang memerlukan email supaya korang boleh guna feature yang dorang tawarkan tapi dalam masa yang sama korang tak nak guna terlampau banyak tempat untuk satu email. So korang akan buat banyak email. Dah jadi semaklah pula terlampau banyak email.

Image Via: https://www.androidguys.com
Untuk mengelakkan benda ini, apa kata korang download aplikasi Temp Mail. Dengan menggunakan aplikasi ini, korang boleh membuat email sementara untuk korang gunakan untuk sign up apa-apa benda yang ada dekat internet dan selepas beberapa jam, email ini akan dilupuskan. Korang boleh download untuk Android dan juga IOS.
FAKE CALL

Image Via: https://www.idownloadblog.com
Kadang-kadang bila kita tengah melepak sorang-sorang, mesti ada orang yang kita tak berapa nak suka datang dekat kita konon-konon nak ajak berborak. Tapi korang jangan salah paham, tak suka bukan sebab apa tapi sebab mamat ini suka sangat cerita gebang so kita pun malas nak layan sangat.

Image Via: https://www.idownloadblog.com
Kalau korang selalu berdepan dengan situasi ini, aku cadangkan korang download aplikasi Fake Call. Fake Call ini merupakan satu aplikasi yang mana ia akan membuat satu panggilan palsu dekat smartphone korang jadi bolehlah korang pura-pura tengah jawab call. Nak aplikasi ini? Korang boleh download dekat IOS dan juga Android.
KATALAKI: Aplikasi Fake Call ni korang boleh guna juga bila ada makcik dan pakcik yang cuba nak tanya bila korang nak kahwin hahahaha!