Aplikasi Untuk Bro Yang Ada Mental Health Issue

Gadget, Life x Tips, Tech

Kadang-kadang kita tengok member kita daripada segi luaran nampak macam happy saja tapi sampai satu masa baru kita tahu dia ada mental health issue. Mental health issue ini ada macam-macam. Ada orang yang ada Depression, Suicide Tendency, Anxiety dan macam-macam lagilah.

Ada orang dia agak bernasib baik sebab dia ada duit untuk pergi jumpa therapist untuk bantu dorang dengan masalah mental health issue tapi tak semua orang bernasib baik macam itu. Dekat sinilah perlunya kawan-kawan untuk bantu dorang. Aku ada terjumpa juga beberapa aplikasi yang mungkin dapat bantu orang-orang yang ada mental health issue so kalau korang ada kawan yang ada masalah macam ini, bolehlah share article ini dengan dorang.

HEADSPACE

Headspace merupakan antara aplikasi mental health yang terbaik yang ada di pasaran sekarang. Aplikasi ini juga sesuai untuk korang yang tengah nak try meditasi. Aplikasi ini sesuai untuk semua orang yang baru nak guna sebab interface dia sangat mudah untuk digunakan.

Korang boleh cuba 10 sesi secara percuma dan kalau korang rasa korang ok dan berminat untuk teruskan guna aplikasi ini, korang boleh subscribe aplikasi ini untuk dapatkan full access seperti cara-cara meditasi dan banyak lagi. Korang boleh download untuk Android dan juga IOS.

BREETHE

Breethe ini boleh dikatakan aplikasi yang serba lengkap. Macam-macam ada dalam aplikasi ini yang boleh membantu korang untuk masalah anxiety dan macam-macam masalah lain. Kalau korang susah nak tidur, korang boleh dengan music playlist yang dorang sediakan untuk tolong korang tidur cepat.

Korang perlukan masa untuk relax dan recharge balik otak korang, korang boleh access beberapa rakaman inspirational talk daripada pelbagai coaches dan personal growth expert. Sama seperti aplikasi Headspace, korang boleh cuba aplikasi ini secara percuma dan kalau ok korang boleh subscribe aplikasi ini untuk full access. Try download dekat sini untuk Android dan IOS.

MINDSHIFT

Mesti korang tertanya-tanya tak ada aplikasi yang full free ke Mok? Mestilah ada. Korang boleh download aplikasi MindShift kalau korang nak free. Walaupun aplikasi ini percuma, korang jangan pandang rendah sebab aplikasi ini telah dibina oleh non-profit charity Anxiety Disorders Association of British Columbia.

Macam-macam korang boleh buat dengan aplikasi ini. Korang ada negative thought? korang boleh tulis dalam Journal yang disediakan dan cari punca daripada mana datangnya negative thought itu tadi dan cari jalan penyelesaian. Senang cerita kalau korang ada mental health issue, aku cadangkan korang download aplikasi ini sekarang. Boleh download untuk Android dan juga IOS.

KATALAKI: Kalau ada member yang korang rasa tengah murung ke apa, pergilah bercakap dan dengar masalah dorang. Kita tak tahu apa yang dia tengah hadap sekarang.

Last modified: 26 June 2019