Apple Arcade – Gaming Platform Eksklusif Apple!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, Apple ada mengumumkan tentang satu lagi projek terbaru mereka yang diberi nama Apple Arcade. Kalau korang nak tahu, Apple Arcade ini adalah satu platform subscription service yang akan menawarkan lebih daripada 100 permainan video terbaru dan eksklusif untuk Apple sahaja.

Korang boleh anggap dia macam Steam ataupun Epic Store tapi khas untuk mobile game sahaja. Apple Arcade dikatakan akan menampilkan pelbagai permainan video yang sesuai untuk semua lapisan umur. Apple Arcade akan juga memberikan pengguna Apple kebebasan untuk mencuba semua jenis permainan video tanpa sebarang iklan, ad tracking dan additional purchases.

Apple mengatakan yang Apple Arcade akan menampilkan permainan video daripada developerdeveloper terkenal seperti Klei Entertaiment, Konami, LEGO, SEGA dan banyak lagi. Nampaknya Apple memang betul-betul komited untuk Apple Arcade ini.

Apple juga akan memastikan segala permainan video yang terdapat pada Apple Arcade tidak akan dapat dibeli atau dimainankan pada platform lain seperti di Play Store untuk Android. Jika di platform lain korang perlu beli gamegame eksklusif untuk bermain tapi di Apple Arcade akan memberikan pengguna mereka mencuba dahulu permainan video tersebut.

Buat masa ini, terdapat 31 permainan video yang telah confirm akan dikeluarkan khas di Apple Arcade. Antara permainan video tersebut adalah Fantasian, The Pathless, Team Sonic Racing, Beyond A Steel Sky, Overland dan banyak lagi.

Apple Arcade akan mula dilancarkan untuk semua peranti Apple bermula pada fall 2019 untuk lebih daripada 150 buah negara. So kalau korang memang pengguna Apple dan nak cuba Apple Arcade bolehlah tunggu fall 2019 nanti ya!

KATALAKI: Apa agaknya nasib Play Store nanti bila Apple Arcade ini keluar?

Last modified: 8 April 2019