Apple Perkenalkan AirPods Terbaru Dengan Fungsi Noise Cancellation!

Gadget, Tech

Hari ini pihak Apple telah memperkenalkan AirPods terbaru mereka yang dipanggil sebagai AirPods Pro. Seperti yang dilaporkan oleh CNET, rekaan untuk AirPods ini nampak berbeza dengan rekaan AirPods terdahulu yang mana ia menggunakan rekaan in-ear dan yang paling penting, AirPods Pro ini merupakan AirPods pertama daripada Apple yang mempunyai feature Noise Cancellation.

Selain itu, AirPods ini juga didatangkan dengan dua microphone bagi memberikan bunyi yang lebih jelas apabila menggunakannya. Selain itu, Bass yang terdapat pada AirPods ini juga telah dikemaskini jadi pengguna boleh mendengar lagu dan menonton video dengan lebih bagus.

Dengan feature Noise Cancellation, bunyi asing dari luar tidak akan masuk dan kedengaran. Tapi seperti earphone lain yang ada dipasaran, AirPods ini turut didatangkan dengan feature Transparency Mode yang mana pengguna masih boleh dengar bunyi asing daripada luar seperti bunyi traffic dan sebagainya.

Bagi menukar feature Noise Cancellation dan Transparency Mode, korang cuma perlu memicit bahagian hujung earphone ini sahaja. Ini juga merupakan feature terbaru daripada Apple yang dipanggil sebagai Force Sensor. Korang juga boleh play, pause dan juga menamatkan panggilan tanpa menggunakan iPhone korang.

Seperti AirPods sebelum ini, AirPods Pro ini juga menggunakan Apple H1 chip dan juga mempunyai feature AlwaysOn Voice Recognition. Menurut Apple, AirPods Pro ini mempunyai jangka hayat battery yang sama seperti AirPods terdahulu. Korang boleh menggunakannya selama lima jam dengan sekali charge.Namun apabila mengunakan feature Noise Cancellation, battery untuk AirPods Pro ini cuma mampu bertahan sehingga empat jam sahaja.

Harga untuk AirPods Pro ini pun boleh tahan bangsawan juga. Ia akan dijual pada harga USD249 dan akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 30 Oktober 2019. Buat masa ini tiada lagi info bila ia akan mula dijual di Malaysia namun ia mungkin apa masuk ke pasaran Malaysia pada awal bulan November.

KATALAKI: Macam lagi berbaloi beli earphone lain yang ada feature Noise Cancellation je. Lagi murah rasanya.

Last modified: 30 October 2019