Apps Untuk Kaki Sukan

Gadget, Tech

Zaman sekarang ini hampir semua orang sibuk. Macam-macam benda nak dibuat. Dengan kerja dari pagi sampai ke malam sudah tentu tiada masa nak bersukan. Kadang-kadang bukan sebab malas tapi tiada masa nak book court futsal or tiada masa nak pergi gym.

Tapi dengan zaman teknologi yang semakin maju ini, semua benda ada dalam smartphone korang. Malas keluar makan boleh guna macam-macam apps untuk order makanan. Sama juga untuk bersukan, macam-macam apps yang ada sekarang untuk korang yang kaki sukan tapi tiada masa nak bersukan.

So hari ini aku akan share beberapa apps yang sesuai untuk korang yang sentiasa sibuk sampai tiada masa nak bersukan. Semua aplikasi ini diuji pada smartphone Android.

SPORTIFY

Hah ini bukan apps untuk dengar lagu bro, yang itu Spotify. Sportify ini adalah applikasi untuk korang yang kaki futsal dan juga kaki badminton. Dengan aplikasi ini korang boleh book court futsal dan badminton tanpa perlu pergi ke court tersebut terlebih dahulu.

Bukan itu saja, korang juga boleh mencari team dan juga pemain untuk adakan friendly match, organize match dan juga mencari pemain replacement andai kata ahli team korang tak dapat join last minute.

Tanpa perlu proses yang rumit, korang cuma perlu pilih court yang korang minat dan bayar booking court tersebut secara online sahaja ataupun direct call no rasmi court untuk membuat tempahan.

JEFIT

Bagi korang yang pergi gym tapi tak tahu nak buat apa, aku syorkan untuk download aplikasi ini. Dengan Gym Exercise ini, korang boleh pilih beberapa jenis exercise yang bersesuaian dengan korang dan lihat bagaimana cara yang betul untuk melakukan aktiviti tersebut.

Ianya jugak menyediakan format aktiviti yang korang boleh lakukan sehingga 4 hari. So setiap hari korang boleh ikut beberapa aktiviti yang diberikan dan follow berapa set dan reps yang perlu korang lakukan.

HOME WORKOUT

Malu nak pergi gym? Nak workout dekat rumah tapi tiada equipment yang sukan yang mahal-mahal? Tak perlu risau bro sebab dengan menggunakan aplikasi Home Workout, korang boleh bersenam dirumah tapi still dengan cara yang betul tanpa perlukan apa-apa equipment!

Dengan aplikasi ini juga, korang boleh follow challenge yang dorang dah setkan dalam Home Workout ini. Setiap hari ada beberapa workout yang korang perlu lakukan dan yang bestnya setiap workout ini ada timer untuk berapa minit korang perlu buat dan berapa kali korang kena buat.

PES 2019

Stuck dalam jam or dalam MRT tapi still perlukan dose sukan? Apa kata korang download mobile game yang paling femes untuk geng-geng kaki sukan iaitu PES 2019! Sekarang korang tak perlu nak tunggu sampai rumah then on PS4 untuk main PES.

Korang boleh bermain secara solo ataupun versus dengan kawan mahupun strangers dari seluruh dunia. Terdapat beberapa mode yang korang pilih sama ada Local Match, Friend Match atau kalau korang rasa korang dah cukup hebat korang boleh pilih mode Online Match dan berlawan dengan orang-orang dari seluruh dunia!

Amacam? Lepas ini tak ada lagi alasan korang tak bersukan or tak cukup masa. Macam-macam aplikasi ada untuk korang boleh pilih untuk pastikan korang mempunyai healthier lifestyle. Awal-awal tahun macam ini mesti korang punya new year goal untuk jadi lagi fit kan? haha.

Nak lagi best kan. Sambil tengah workout korang boleh layan playlist lagu-lagu bertenaga kat hotfm.com.my macam kat bawah ni. Jom layan Playlist Hot X!

KATALAKI: #MalaysiaFit2019 bro! jangan lupa!

Last modified: 28 January 2019