Armaggeddon & SonicGear Lancarkan Product Terbaru!

Gadget, Tech

Hari ini pihak LeapFroglobal Group telah melancarkan beberapa product terbaru dibawah naungan mereka iaitu untuk Armaggeddon dan juga SonicGear. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Battle Arena Malaysia yang bertempat di Jaya Shopping Center.

Antara yang cuba diketengahkan untuk product Armaggeddon adalah Gaming Monitor mereka. Ini adalah pertama kali Armaggeddon mengeluarkan Gaming Monitor kerana Armaggeddon sebelum ini lebih terkenal dengan barangan seperti Gaming Headphone, Gaming Mouse dan juga Gaming Keyboard.

Antara Gaming Monitor yang akan dikeluarkan oleh Armaggeddon adalah Pro PG22HD, Pro PG24HD, Pro PC27HD, EFX27UHD SWITX, XTREME XC24HD, XTREME X27HD, XTREME XC30HD, XTREME XC32HD dan last sekali adalah XTREME XC39HD.

Gaming Monitor ini akan berada di bawah siri terbaru mereka yang dinamakan sebagai PIXXEL+. PIXXEL+ ini bukan hanya fokus kepada gamers kerana ia juga boleh digunakan untuk artists dan juga content creator seperti photography, design work dan 3D animations.

PIXXEL+ ini direka dengan screen-to-body ratio yang besar dan kebanyakan model yang dikeluarkan oleh mereka mempunyai Infinity Edge ataupun Zero Bezel. Gaming Monitor ini juga mempunyai refresh rate sehingga 165Hz dengan AMD freesync technology bagi mengurangkan tearing dan stuttering semasa korang bermain permainan video.

Korang juga tak perlu risau untuk menggunakan Gaming Monitor ini dalam jangka masa yang lama kerana setiap monitor yang dikeluarkan akan mempunyai feature seperti Anti-Blue Ray dan juga Flicker Free. Feature ini mampu mengurangkan sakit mata bagi gamers dan pengguna yang menggunakan Gaming Monitor ini dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, Armaggeddon juga telah mengumumkan kerjasama dengan Shopee Bosskur yang mana mereka akan mengeluarkan Bundle Gaming Keyboard + Gaming Mouse dan juga Gaming Earphone yang akan memaparkan gambar team Esports tersebut disetiap kotak.

Tak dilupakan, Armaggeddon juga akan mengeluarkan Streetware mereka sendiri. Antaranya mereka akan mengeluarkan T-Shirt, Snapback, Beg dan sekali lagi dengan kerjasama Shopee Bosskur, mereka akan mengeluarkan satu Hoodie khas untuk peminat-peminat pasukan esports Shopee Bosskur dan juga peminat barangan Armaggeddon.

Bagi SonicGear pula, mereka akan terus fokus mengeluarkan speakerspeaker yang berkualiti dan mempunyai design yang premium tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan harga mampu milik seperti mana yang kita dapat lihat di setiap speaker yang dorang keluarkan sebelum ini.

Antara speakerspeaker terbaru yang mereka akan keluarkan adalah siri MORRO terbaru iaitu MORRO X5, MORRO X7 dan juga MORRO X9. Bagi siri EVO pula mereka akan mengeluarkan EVO 9 speaker yang telah dikemaskini dari segi performance dan juga design.

TITAN 9 yang sesuai untuk mereka yang mencari home audio solution, TITAN 11 bagi mereka yang mahukan 2.1 speaker system dan soundbar, BT5500 SONICBAR AIRBASS bagi mereka yang mahukan wireless soundbar dan akhir sekali adalah Active Noise Cancellation headphone terbaru mereka iaitu SonicGear ANC2000 dan juga SonicGear ANC3000.

Kata wakil daripada Armaggeddon, mereka akan membawa lebih banyak lagi productproduct gaming untuk semua gamers di Malaysia. Selain itu mereka juga sedang dalam proses untuk mengeluarkan Gaming Laptop dan juga Gaming Chair mereka sendiri pada masa akan datang.

KATALAKI: Kalau nak jimat dan dapatkan barang gaming terbaik, Armaggeddon memang pilihan nombor satu aku hahaha!

Last modified: 25 July 2019