Orang Terkenal Yang Terlibat Dalam Kes Pembunuhan!

Sembang

Semua orang mahukan kehidupan seperti seorang selebriti ataupun orang yang dikenali yang sentiasa dalam kemewahan tapi seperti manusia biasa, mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kadang-kala kita akan melihat di televisyen tentang berita selebriti ditangkap atas kesalahan seperti mengedar dan juga memiliki dadah.

Di negara luar, terdapat beberapa kes jenayah berat yang telah dilakukan oleh beberapa orang selebriti-selebriti terkenal. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa orang selebriti terkenal luar negara yang terlibat dalam kes pembunuhan. Mesti korang terkejut dengan list ini!

SID VICIOUS

Bagi peminat music punk, pastinya korang kenal siapa dia Sid Vicious. Sid Vicious ataupun nama sebenarnya John Simon Ritchie merupakan seorang pemain bass dan juga vokalis untuk kumpulan music punk terkenal, Sex Pistols. Sid sememangnya terkenal dengan kes pengambilan dadah secara berlebihan.

Pada malam 11 Oktober 1978, teman wanita Sid iaitu Nancy Spungen telah dijumpai mati di bilik mereka di Chelsea Hotel. Pada mulanya Sid memberitahu pihak polis dia menjumpai teman wanitanya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa namun akhirnya dia mengaku yang dialah yang telah menikam teman wanitanya sehingga mati. Semasa dalam tempoh pembicaraan, Sid telah dijumpai mati akibat overdose dadah!

MICHAEL MASSEE

Untuk kes Michael Massee ini, ianya boleh diklafikasikan sebagai satu kes pembunuhan yang tidak disengajakan. Semasa dalam pengambaran filem The Crow yang turut dibintangi oleh satu-satunya anak Bruce Lee iaitu Brandon Lee, Michael secara tidak sengaja telah menembak mati Brandon Lee.

Ini semua terjadi disebabkan pistol yang digunakan oleh Michael Massee tidak diselanggara dengan betul oleh pihak production team. Trauma dengan apa yang terjadi, Michael telah bersara dari berlakon selama setahun dan hilang dari radar. Dia telah meninggal dunia pada umur 64 tahun disebabkan oleh kanser.

DON KING

Bagi mereka yang meminati sukan tinju, pastinya kenal siapa dia Don King. Walaupun dia hanya seorang penganjur sukan tinju dan bukannya seorang peninju, dia boleh dikatakan seorang yang sangat ganas. Don King telah terlibat dengan dua kes pembunuhan.

Untuk kes pembunuhan pertama, dia telah dilepaskan atas sebab mempertahankan diri apabila dia menembak seorang perompak yang cuba memecah masuk ke rumahnya. Namun untuk kes pembunuhan kedua, Don King telah dipenjarakan selama empat tahun apabila dia telah memijak pekerjanya sendiri iaitu Sam Garrett sehingga mati! Don dikatakan telah melakukan jenayah tersebut kerana Sam berhutang sebanyak USD600 dan enggan membayarnya semula kepada Don.

AARON HERNANDEZ

Kalau korang perasan dekat Netflix sekarang, ada satu dokumentari yang bertajuk Killer Inside: The Mind of Aaron Hernandez. Bagi yang tidak mengenali siapa dia Aaron Hernandez, dia merupakan seorang pemain American Football terkenal untuk pasukan New England Patriots.

Pada 17 June 2013, salah seorang pemain American Football untuk pasukan Boston Bandits iaitu Odin Lloyd telah dijumpai mati ditembak. Hasil siasatan polis mendapati Odin telah dibunuh oleh Aaron kerana dia dikatakan telah pecah amanah dan memberitahu orang lain tentang rahsia yang berkaitan dengan Aaron. Aaron telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Dia kemudiannya telah dijumpai mati dan disyaki telah membunuh diri.

SALMAN KHAN

Hah mesti korang terkejut tengok nama Salman Khan ada dalam senarai inikan? Bagi mereka yang meminati cerita-cerita hindustan pastinya korang mengenali siapakah dia Salman Khan. Untuk pengetahuan korang, Salman Khan juga terlibat dalam kes pembunuhan yang mengakibat satu kematian dan beberapa kecederaan.

Pada tahun 2002, Salman Khan telah terlibat dalam satu kemalangan yang mana dia telah melanggar sebuah kedai menjual roti. Kebetulan dihadapan kedai roti tersebut terdapat beberapa orang yang sedang tidur dan ini telah mengakibatkan seorang mangsanya mati dan tiga orang telah tercedera. Salman Khan dilaporkan sedang memandu dalam keadaan mabuk ketika itu. Selepas 13 tahun dalam pembicaraan, dia telah dihukum penjara selama 5 tahun!

KATALAKI: Korang kena layan Killer Inside: The Mind of Aaron Hernandez dekat Netflix!

Last modified: 23 January 2020