Artis Kahwin Artis. Bini Siapa Paling Lawo?

Sembang

Mungkin ada sesetengah lelaki marhaen yang mengidamkan untuk berkahwin dengan selebriti popular yang mantoppp. Serius ke ada? Tapi sebenarnya korang perasan kan ada juga selebriti lelaki yang kahwin dengan selebriti? Sama kacak dan sama cun!

Kali ni kita nak tengok antara selebriti lelaki yang kahwin dengan selebriti yang cun melecun.

Jason Statham & Rosie Huntington-Whiteley

Sumber : AP

Kalau korang tak berapa ingat, Rosie Huntington-Whiteley pernah berlakon dalam filem Transformers: Dark of the Moon bersama Shia LaBeouf menggantikan watak Megan Fox.

Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley mula bercinta pada tahun 2010 dan bertunang pada Januari 2016. Sampai sekarang dorang belum lagi adakan majlis perkahwinan dan dah ada seorang anak lelaki.

Daniel Craig & Rachel Weisz

Sumber : Getty

Daniel Craig dan Rachel Weisz sebenarnya dah berkawan lama dan pernah juga berlakon bersama dalam filem seram, Dream House. Pemilik pistol 007, Daniel Craig sebelum ni dah pernah berkahwin pada tahun 1992 dan bercerai pada tahun 1994. Tahun 2011, Daniel Craig dan Rachel Weisz sah berkahwin dan bergelar suami isteri

Ryan Reynolds & Blake Lively

Pelakon superhero Green Lantern dan Deadpool ni pernah bertunang sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Blake Lively. Tahun 2004, Ryan Reynolds bertunang dengan penyanyi popular Kanada, Alanis Morissette tapi berpisah pada tahun 2007.

Ryan Reynolds sekali lagi bertunang, kali ni dengan pelakon watak Black Widow, Scarlett Johansson pada tahun 2008 dan berkahwin pada tahun 2010. Tung ah! Tapi sayang, dorang berpisah pada tahun 2011.

Kumbang bukan seekor, Ryan Reynolds kali pertama cuba ayat Blake Lively masa dorang berlakon dalam filem yang sama, Green Lantern pada tahun 2010. Tahun 2012, Ryan Reynolds dan Blake Lively sah sebagai suami isteri dan sekarang dah ada dua anak perempuan. Congrats bro!

Chris Hemsworth & Elsa Pataky

Sumber : Getty

Kalau tengok nama isteri Chris Hemsworth ni memang korang tak cam. Tapi korang perasan tak yang Elsa Pataky ni sebenarnya pernah berlakon dalam Fast & Furios 6 dan Furious 7! Yang jadi chinggey ejen Hobbs tu.

Chris Hemsworth dan Elsa Pataky mula berkenalan pada awal tahun 2010. Disember 2010, dorang sah sebagai suami isteri. Sekarang dah ada seorang anak perempuan dan sepasang kembar lelaki. Jangan main tukul. 

Ryan Gosling & Eva Mendes

Tipu la kalau korang tak kenal Eva Mendes. Sebelum berkahwin dengan Eva Mendes, Ryan Gosling juga pernah bercinta dengan Sandra Bullock dan Rachel McAdams.

Tahun 2011,Ryan Gosling mula bercinta dengan pelakon wanita pujaan ramai, Eva Mendes. Sampai sekarang takde lagi berita yang dorang dah pernah adakan majlis perkahwinan. Tapi Ryan Gosling dan Eva Mendes dah ada dua orang anak perempuan.

Yusry Abdul Halim & Lisa Surihani

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani sah bertunang pada 24 Disember 2011, dan sah digelar sebagai suami isteri pada 23 Februari 2012. Kini, Yusry dan Lisa Surihani dah ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

KATALAKI: Amacam bro. Dah pergi settle kursus kahwin belum.

Last modified: 16 November 2018