Artis Malaysia Paling Popular Di Spotify Tahun 2019

Sembang

Sejak 5 Disember 2019, dah ramai yang kongsikan di media sosial mengenai lagu-lagu yang selalu didengar kat Spotify menerusi Spotify 2019 Wrapped. Siapa je yang tak excited bila kita boleh tahu lagu apa yang kita selalu dengar sepanjang 12 bulan dalam tahun 2019.

Bijak gak Spotify buat macam ni. Tahun 2019 ni bukan kali pertama Spotify Wrapped ni wujud. Tahun sebelum-sebelum ni pun dah ada. Tapi untuk tahun 2019 ni, Spotify Wrapped nampak lebih menarik sampai yang tak pernah guna Spotify mula rasa cemburu sebab dorang tak boleh nak tengok balik lagu apa yang selalu didengar pada tahun 2019.

Dah tahu lagu apa yang selalu didengar oleh diri kita sendiri sepanjang tahun 2019, tapi korang teringin tak nak tahu lagu apa yang paling popular kat Spotify di seluruh dunia? Spotify sendiri ada kongsikan mengenai lagu dan artis mana yang paling popular kat Spotify di seluruh dunia untuk tahun 2019. Post Malone merupakan artis paling popular di Spotify untuk tahun 2019 selepas berjaya memegang gelaranΒ most-streamed artist, meninggalkan Billie Eilish yang berada di tempat ke-2 dan Ariana Grande di tempat ke-3.

Image Via : spotify.com

Top-streamed song atau lagu paling banyak kali didengar kat Spotify sepanjang tahun 2019 adalah lagu yang dinyanyikan oleh Shawn Mendes dan Camilla Cabello bertajuk Senorita yang mula dipasarkan sejak 21 Jun 2019, mencecah lebih daripada 1 billion strim di Spotify. Lagu ke-2 yang selalu didengar oleh pengguna Spotify sepanjang tahun 2019 adalah lagu Bad Guy yang dinyanyikan oleh Billie Eilish dan lagu Sunflower daripada Post Malone dan Swae Lee berada di tempat ke-3 untuk kategori top-streamed song.

Tu data yang dikongsikan oleh Spotify untuk lagu-lagu yang didengar dari seluruh dunia. Macam mana lak dengan lagu dan artis di Malaysia? Menurut Spotify, most-streamed local artist kat Malaysia sepanjang tahun 2019 adalah K-Clique, mengalahkan Faizal Tahir yang berada di tempat ke-2 dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza di tempat ke-3.

 

View this post on Instagram

 

Follow kami di @Spotify. Terima kasih! Kami belum drop album lagi… woww πŸ€²πŸΌπŸ†

A post shared by K-Clique (@k_clique) on

Spotify yang berasal dari Sweden, ditubuhkan pada tahun 2006, mula dilancarkan secara rasmi dan boleh diakses di seluruh dunia sejak tahun 2008. Sehingga kini, pengguna Spotify dah pun mencecah lebih daripada 248 juta pengguna di seluruh dunia.

Menurut salah seorang pengasas Spotify iaitu Daniel Ek, nama Spotify tu muncul secara tak sengaja semasa berbincang dengan Martin Lorentzon, juga salah seorang pengasas Spotify, untuk mencari nama baru untuk syarikat dorang. Tapi jawapan selamat dorang kalau ditanya mana datang perkataan Spotify tu, dorang akan jawab hasil gabungan perkataan Spot dan Identify.

Image Via : quora.com

KATALAKI: Rasanya, lepas ni ada ke aplikasi baru yang boleh lawan empayar Spotify?

Last modified: 24 December 2019