Artis² Terkenal Yang Muncul Dalam Video Games!

Game, Tech

Korang dah tengok belum trailer terbaru Cyberpunk 2077 yang dikeluarkan masa E3 baru-baru ini? Kalau korang tengok sampai habis korang akan perasan seorang pelakon terkenal yang dimasukan di dalam permainan video ini iaitu Keanu Reeves!

via GIPHY

Sebelum ini aku tak rasa nak beli pun game Cyberpunk 2077 tapi bila nampak ada Keanu Reeves, aku terus rasa aku patut pre-order game ini secepat mungkin. Ini bukan pertama kali kita nampak pelakon-pelakon terkenal yang dimasukkan di dalam permainan video. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa pelakon terkenal yang mungkin korang tak tahu ada dalam video games!

JACK BLACK

Pelakon dan penyanyi band Tenacious D pernah muncul dalam satu permainan video yang dipanggil Brutal Legend. Brutal Legend merupakan permainan video actionadventure yang dihasilkan oleh Double Fine Production dan dikeluarkan oleh Electronic Arts untuk Playstation 3 dan juga Xbox 360.

Brutal Legend mengisahkan tentang Eddie Riggs yang dilakonkan oleh Jack Black yang telah dibawa ke dunia heavy metal. Dunia ini di kawal oleh Doviculus yang mana turut dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Tim Curry yang terkenal dengan watak Pennywise untuk filem IT yang dikeluarkan pada tahun 1990.

JEAN RENO

Jean Reno ini kalau korang selalu tengok dia banyak muncul sebagai watak orang jahat saja dalam movie. Satu-satunya movie yang aku ingat dia tak berlakon jadi orang jahat adalah dalam movie Pink Panther kalau aku tak silap.

Tapi Jean Reno juga pernah muncul dalam permainan video Onimusha 3: Demon Siege sebagai Jacques Blanc, antara watak utama dalam permainan video ini. Di dalam permainan video ini jugak, watak Jacques Blanc merupakan watak westerner pertama yang mempunyai kebolehan menggunakan Oni Power.

ELLEN PAGE

Quantic Dream, developer untuk permainan video Beyond Two Souls memang terkenal dengan permainan video dorang yang mementingkan playerchoice. Seperti game dorang sebelum ini iaitu Heavy Rain, Beyond Two Souls juga mempunyai gameplay yang sama yang mana mengfokuskan pada watak Jodie Holmes.

Kalau korang nak tahu watak Jodie Holmes ini dilakonkan oleh Ellen Pages yang terkenal dengan watak dia dalam X-Men sebagai Kitty Pryde. Dalam permainan ini, bukan Ellen Pages sorang saja pelakon terkenal yang ada. Pelakon yang terkenal dengan watak Green Goblin dalam movie SpiderMan yang dikeluarkan pada 2002 iaitu Willem Dafoe juga muncul dalam permainan video ini.

TAKESHI KITANO

Korang pernah tengok Istana Takeshi atau movie Battle Royale? Kalau pernah mesti korang kenal pelakon Takeshi Kitano ini yang mana dia juga dikenali sebagai Beat Takeshi. Pelakon terkenal Jepun ini juga pernah muncul dalam movie Ghost in the Shell yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Dalam video game pula, dia bukan sahaja muncul dalam permainan video Yakuza 6 sebagai Toru Hirose, dia juga pernah terlibat dalam menghasilkan permainan video classic yang diberi nama Takeshi’s Letter of Challenge yang mana dikeluarkan pada tahun 1986 di Jepun!

NORMAN REEDUS

Kalau korang peminat siri The Walking Dead, mesti korang kenal dengan watak Daryl Dixon yang dilakonkan oleh Norman Reedus ini. Bagi korang yang tak tahu, Norman juga akan muncul sebagai watak utama dalam permainan video Death Stranding yang dihasilkan oleh Hideo Kojima.

Tapi bukan Norman Reedus sahaja ada dalam permainan video ini. Mads Mikkelsen yang terkenal dengan lakonan dia dalam siri Hannibal juga akan muncul dalam game ini bersama-sama dengan pelakon siri Netflix Death Note iaitu Margaret Qualley.

KATALAKI: Aku rasa game Death Stranding paling banyak masukkan pelakon-pelakon terkenal dalam game dorang walaupun sampai sekarang orang tak paham game dia pasal apa hahaha!

Last modified: 14 June 2019