Asal Usul IE Dan 5 Browser Lain Yang Kurang Dikenali

Sembang, Tech, ZAP

Kalau korang membesar pada zaman dimana kemajuan internet baru sahaja diperkenalkan kepada dunia, mesti korang akan ingat dengan browser Internet Explorer (IE). Itu lah browser pertama yang ramai antara kita guna sewaktu pertama kali melayari dunia internet. Bila dah lama sikit tu, IE hanya digunakan untuk muat turun browser yang lain seperti Google Chrome, Firefox dan lain-lain. Baru-baru ini, Microsoft mengumumkan pelayar web IE akan ditamatkan selepas 25 tahun beroperasi. Bermula 17 August 2021, IE tidak lagi dapat disokong oleh peranti Microsoft dan akan digantikan dengan browser baru yang dinamakan Microsoft Edge. Walaupun ada yang mengatakan ianya sekadar rebranding, tetapi Microsoft Edge menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas, efisien dan juga bersih. Mungkin boleh bersaing dengan browser lain yang lebih popular.

SEJARAH PERMULAAN INTERNET EXPLORER

Kalau ada yang ingat IE merupakan pelayar web yang pertama di dunia, ia adalah salah. Dunia komputer ni memang rumit sikit kalau nak cerita. Dahulu sebelum adanya IE, pengguna internet akan menggunakan pelayar web seperti Netscape, Mosaic, Lynx dan juga Opera. Kemudian pada tahun 1995, Microsoft membangunkan operating system mereka sendiri melalui projek ‘Chicago.’

Dalam projek ini, terdapat lagi satu projek yang diberi nama ‘O’Hare’ dengan harapan kedua-duanya akan menjadi satu produk kepada pengguna. Kemudian, Microsoft memutuskan untuk menjadikan ‘O’Hare’ sebagai produk tambahan kepada ‘Chicago.’ In the end, tercipta lah Windows 95 hasil daripada projek ‘Chicago’ dan juga Internet Explorer 1.0 melalui projek ‘O’Hare.’ Siapa je yang tak kenal Windows 95 kan. Jadi dari situ lah IE mula diperkenalkan kepada pengguna di luar sana walaupun pada asalnya ia dijual sebagai produk tambahan untuk Windows 95. 

IE mencapai kemuncak popularitinya pada tahun 1999, 2002, dan 2003 dengan keluaran IE versi kelima dan keenam. Tapi disebabkan masalah keselamatan, pepijat dan juga software yang dikatakan ketinggalan zaman, IE menemui zaman kejatuhan yang teruk. Itu yang siapa baru beli komputer riba yang menggunakan operating system Microsoft akan gunakan IE untuk download pelayar web lain. Kemudian pada tahun 2015, Microsoft mula memperkenalkan Edge browser kepada pengguna yang dikatakan seakan-akan pelayar web Google Chrome. So, terima kasih kepada Internet Explorer kerana menjadi browser sementara kepada para pengguna.

Selain IE, kita sebenarnya ada banyak lagi pelayar web yang telah dihasilkan tetapi kurang dikenali oleh kebanyakkan pengguna. Bagi pengguna mainstream macam aku yang gunakan browser sekadar untuk carian biasa di internet, memang tak pernah tahu pun ada pelayar-pelayar web yang lain ni. Jom kita usha sikit apa rupa browsers yang kurang dikenali ni.

SALAMWEB

Rupa-rupanya ada pelayar internet yang dibangunkan khas untuk pengguna Islam. Tapi ia tidak lah dihadkan kepada pengguna Islam sahaja dan boleh digunakan secara umum oleh semua orang. Pelayar web SalamWeb dibangunkan oleh sebuah syarikat di Dubai dan mensasarkan perkhidmatannya digunakan oleh orang-orang Islam yang mahukan persekitaran atas talian yang selamat. Biasa lah dunia internet ni bukan semuanya baik dan selamat untuk diakses. SalamWeb dikatakan ada untuk Windows, macOS, Android dan juga iOS. Ia juga menyokong pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Urdu, Russia dan juga Inggeris. 

EPIC PRIVACY BROWSER

Pelayar web ini mengfokuskan kepada ciri-ciri keselamatan atas talian pada entry level. Kalau korang risau dengan keselamatan data peribadi korang semasa melayari internet, mungkin ini browser yang sesuai untuk korang. Dengan menggunakan Epic Privacy Browser, privasi atas talian bukan lagi pilihan, tetapi satu ketetapan terhadap pengguna.

OPERA NEON

Opera Neon ni merupakan satu pelayar web yang menggunakan interface unik yang tak sama dengan mana-mana browser. Dia punya muka depan browser nampak macam kita punya background desktop, dengan menggunakan konsep free floating bookmarks. Bila bukak browser ni boleh jadi sampai kita tak perasan yang kita tengah buka browser disebabkan ia mengambil keseluruhan skrin komputer kita. Dikatakan pelayar web ini belum lagi mempunyai produk penuh, tetapi kalau siapa yang nak cuba pakai boleh lah muat turun Opera Neon dan try sendiri. 

TORCH

Pelayar web Torch ni rasanya ramai juga yang dah tahu dan pernah menggunakan ia. Kelebihan pelayar web Torch ni adalah para pengguna boleh memuat turun video dan audio MP3 menggunakan ‘torrent manager’ yang sedia ada di dalam browser tersebut. Selain itu, video atau audio yang dah dimuat turun turut boleh dimainkan di dalam browser Torch. Memang pernah jadi salah satu browser yang ‘panas’ satu ketika dahulu sebab ramai yang berebut-rebut nak download video daripada Youtube. 

FLOCK

Kalau korang seorang pengguna tegar Media Sosial, mungkin korang tahu tentang kewujudan browser Flock ni. Ia dikatakan dicipta khas untuk menguruskan aktiviti media sosial di dalam pelayar web. Pelayar web ini mengfokuskan penggunanya untuk kekal dalam media sosial platform dengan memudahkan urusan ‘update’ dan ‘publishing.’ Antara platform media sosial yang berhubung terus dalam browser ini adalah seperti Facebook, Gmail, Digg, YouTube, MySpace, Flickr, Twitter, WordPress, Blogger, Delicious, Bebo, TypePad, Picasa, dan banyak lagi. Tapi mungkin ia sesuai untuk mereka yang bekerja dalam bidang media sosial untuk menguruskan beberapa platform dan juga akaun media sosial dalam masa yang sama.

KATALAKI: Internet Explorer Dalam Kenangan…

Last modified: 24 August 2020