Asal Usul Lagu-Lagu Melayu Di Tik Tok

Sembang, ZAP, ZeKool

Tak dinafikan lagi Tik Tok adalah aplikasi yang pada asal usul sememangnya adalah untuk golongan generasi millennials, dan aplikasi tersebut berjaya mendapat perhatian para penonton dan penguna yang lebih ramai daripada kalangan generasi anak muda, tetapi ianya kini bukan sahaja digunakan oleh golongan muda sahaja, tetapi termasuk juga golongan yang berusia sedikit daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Gelombang tarikkan yang diciptakan oleh aplikasi Tik Tok berjaya menciptakan suatu fenomena yang hebat di dalam industri media sosial apabila ianya berjaya memberikan impak yang hiburan yang hebat dengan features-features yang ditampilkan di dalam aplikasi tersebut.

Berbeza dengan aplikasi media sosial yang lain, Tik Tok bukan sekadar memberikan view, likes dan followers sahaja tetapi Tik Tok juga berjaya menciptakan trend tarian yang membuatkan ramai ingin turut serta dan selain itu ramai juga yang ingin menjadi salah satu content creator yang kreatif dalam menghasilkan video-video yang menarik. Ini adalah suatu bentuk kelainan yang membezakan Tik Tok daripada aplikasi-aplikasi media sosial yang sedia ada.

Sehubungan dengan perkara yang kita bincang di atas, salah satu bentuk tarikkan yang menarik dalam aplikasi Tik Tok tentunya lagu-lagu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut yang membolehkan penguna memuatkan lagu yang mereka inginkan di dalam video rakaman dengan begitu mudah sekali.

Kebanyakkan lagu-lagu yang kita dapat dengarkan yang diguna pakai sebagai muzik latar video Tik Tok merupakan lagu dalam bentuk remix genre club house fengtao dengan beat ala-ala bentuk ritma koplo yang sama ada membuatkan penonton terhibur atau pun menerbitkan keinginan kita sebagai penonton untuk merasa CRINGE.

Tanpa kita sedari pada hakikatnya asal usul lagu-lagu yang telah diremixkan tersebut sebenarnya adalah lagu ciptaan yang sememangya bukan dalam bentuk arrangement yang sebegitu rupa. Malahan, lagu tersebut dalam arrangement original adalah lebih sedap didengari.

ENTAH APA YANG MERASUKI MU 


Lagu pertama yang kita nak terangkan kepada korang adalah antara lagu yang menjadi tular dikalangan penguna pada awal kemunculan Tik Tok. Lagu “Entah Apa Yang Merasukimu” versi remix ini digabungkan dengan tarian singkat yang lucu berjaya mendapat perhatian bukan sahaja penguna Tik Tok, malahan video-video tersebut mendapat perhatian warga net di Twitter.

Lagu viral versi remix ini juga sebenarnya telah di remix  oleh seorang anak muda bernama Randa Rizky. Apa yang menarik sekali adalah pada asalnya Randy Rizky hanya mengolah lagu ini dengan hanya mengunakan smartphone sahaja. Selain dilapiskan dengan beat dan melody muzik yang ceria, Randa Rizky turut meletakkan sound effect suara gagak sebagai penambah rasa kepada mix lagu ini.

Tetapi sebenarnya lagu versi original atau asal ini merupakan lagu berjudul “Salah Apa Aku” daripada sebuah kumpulan bernama Ilir7 yang dikeluarkan pada tahun 2018. Lagu tersebut juga adalah lagu yang mempunyai bait-bait lirik yang sedih dan menyayat hati mengenai seorang kekasih yang berubah hati. Apabila lagu versi remix yang diolah semula oleh Randa Rizy mula tular di Tik Tok, sekaligus memberikan impak kepada lagu original dan nama kumpulan Ilir7 secara tidak langsung ketularan lagu tersebut berjaya melonjakkan video views Salah Apa Aku versi original hingga menerima lebih daripada 100 juta tontonan di Youtube.

Lagu asal: Ilir7 – Salah Apa Aku


SEKEJAM ITU KAU FITNAHKAN


Ini satu lagi lagu asal yang telah di remix kan dengan beat-beat club lah senang cerita. Lagu yang telah di remix ini juga antara lagu dengan tarian singkat yang catchy dan mudah untuk di ikut oleh penguna Tik Tok. Rata-rata penguna Tik Tok yang mengenakan lagu ini dengan tarian yang pasti akan membuatkan korang pun terikut sekali. Lagu ini di remix oleh individu yang bergelar Rahmat Tahalu, beliau juga merupakan seorang DJ yang sering mengadun dan mengubah lagu-lagu dengan hasil sample-sample karya beliau.

Sebenarnya lagu asal yang digunakan sebagai sample kepada remix Rahmat Tahalu ini adalah lagu berjudul “Siapa Benar Siapa Salah” yang dinyanyikan oleh penyanyi era 90an iaitu Iwan Salman. Ala, yang biasa nyanyi lagu-lagu dangdut tu, cuba tanya mak-ayah korang, diorang mesti kenal. Yang menarik sekali pada kami adalah bait-bait lirik “Sekejam Itu Kau Fitnahkan” hanya dinyanyikan pada awal bahagian lagu tersebut dan bukan chorus utama.

Lagu asal: Iwan Salman – Siapa Benar Siapa Salah 


SUNGGUH KU MERASA RESAH

Dalam kebanyakkan lagu remix yang dipopularkan oleh penguna Tik Tok. Ini adalah lagu remix yang paling tinggi rating views di Youtube. Remix yang di hasilkan dan dimuat naik di Youtube channel FZ REMIX ini memperoleh sebanyak 35 juta views untuk lagu DJ Sunggu Ku Merasa Resah. WTH!

Tapi lagu asal yang diremix ini juga bukan kaleng-kaleng gais, lagu yang dipopularkan oleh band legend Ukays berjudul Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Antara lagu rock balada yang hit di corong-corong radio sekitar tahun 90an hasil ciptaan komposer dan penulis lirik terkenal Saari Amri. Lagu tersebut dimuatkan dalam album studio ketiga berjudul Bisa Berbisa, album tersebut merupakan album jualan paling laris di Malaysia sebelum tahta tersebut peralih kepada album Raihan dengan album berjudul Puji-Pujian.

Lagu asal: Ukays – Di sana Menanti Di Sini Menunggu

BAGAIKAN LANGIT DI SORE HARI 

Ini pula lagu muzik latar yang digunakan untuk trend video-video aksi muka Face Zoom yang sedang hangat melanda penguna media sosial, terutama sekali di Tik Tok dan Instagram. Disebabkan ianya menjadi terlalu tular sehinggakan trend Face Zoom mengunakan background music lagu remix Bagaikan Langit Di Sore Hari ini mula di pick up oleh para penguna Tik Tok di serantau Asia dan juga di Amerika Syarikat. Bukan matsalleh je yang ikut buat video Face Zoom ni, rata-rata ramai selebriti terkenal dunia sudah mula memuat naik video mengikut gaya trend ini di account Tik Tok mereka.

Lagu asal untuk remix ini sebenarnya adalah lagu daripada kumpulan Potret yang diketuai oleh penyanyi legend Indonesia; Melly Goeslaw. Potret merupakan band yang dibentuk pada tahun 1995 yang menampilkan Melly Goeslaw sebagai vokalis band ini. Lagu asal yang berjudul “Bagaikan Langit” adalah antara lagu yang menciptakan kejayaan dan menaikkan nama kumpulan Potret. Lagu yang dikatakan sebagai easy listening tersebut adalah single kedua daripada album ketiga kumpulan Potret berjudul Café.

Lagu Asal: Potret – Bagaikan Langit

KATALAKI: Siapa boleh layan semua lagi remix kat sini, kita geng!

Last modified: 18 February 2020