Asal Usul Model Victoria Secret

Sembang

Tipu la kalau korang tak tahu apa tu Victoria Secret. Kat Malaysia je ada 10 outlet Victoria Secret yang korang boleh jumpa. Berapa banyak outlet Victoria Secret yang korang pernah singgah? Jeng jeng jeng.

Pada awalnya, Victoria Secret bermula dengan produk pakaian dalam wanita je yang diasaskan oleh Roy Raymond. Pakaian dalam yang lawa-lawa la kan. Tapi sekarang ni dah banyak dah produk Victoria Secret. Make up ada, minyak wangi ada dan macam-macam lagi lah.

Image Via : nypost.com

Jenama Victoria Secret yang besar ni diserikan lagi dengan model yang memperagakan pakaian dalam Victoria Secret dikenali sebagai Victoria’s Secret Angels. Ramai gak Victoria’s Secret Angels yang popular dan dikenali seluruh dunia antaranya Tyra Banks, Heidi Klum, Miranda Kerr, Behati Prinsloo dan Adriana Lima.

Korang pernah terfikir macam mana dorang ni mula-mula boleh diambil jadi Victoria’s Secret Angels? Apa lagi tunggu, jom kita siasat!

Adriana Lima

Image Via : nydailynews.com

Menurut laman web modelmanagement.com, Adriana Lima mula terjebak dalam dunia model pada usia 13 tahun masa tengah shopping!

Adriana Lima yang berasal daripada Brazil pernah gak memperagakan banyak produk ternama antaranya Fendi, Giorgio Armani, Marc Jacobs dan banyak lagi lah. Ni Instagram Adriana Lima untuk korang tengok macam mana gaya hidup seorang supermodel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adriana Lima (@adrianalima) on

Behati Prinsloo

Image Via : pagesix.com

Masa ditemubual pada tahun 2009 oleh Fashionista, Behati Prinsloo mengaku yang mula terjebak dengan modelling masa tengah bercuti kat Cape Town, masa tu Behati Prinsloo tengah beli barang dapur.

Image Via : fashionista.com

Behati Prinsloo berasal dari Namibia. Korang pernah dengar tak nama negara Namibia? Namibia merupakan salah satu negara yang terletak berdekatan Afrika Selatan. Behati Prinsloo sekarang ni isteri kepada vokalis Maroon 5, Adam Levine dan dah ada 2 orang anak perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Behati Prinsloo Levine (@behatiprinsloo) on

Miranda Kerr

Miranda Kerr mula dikenali dalam dunia modelling selepas memberanikan diri untuk masuk dalam pertandingan model yang dianjurkan oleh Dolly Magazine dan menang dalam pertandingan tersebut pada usia 14 tahun.

Miranda Kerr sebelum ni pernah berkahwin dengan pelakon, Orlando Bloom pada tahun 2010 dan bercerai pada tahun 2013. Pada tahun 2017, Miranda Kerr berkahwin dengan co-founder dan CEO Snapchat, Evan Spiegel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Miranda (@mirandakerr) on

KATALAKI: *Ketuk lutut.

Last modified: 25 April 2019