Asal Usul Nama Slipknot

Sembang

Sama ada korang salah seorang penggemar muzik heavy metal atau pun tak, tapi bila dengar nama Slipknot, mesti korang dah boleh bayangkan imej jahat, ganas dan kejam yang selalu dikaitkan dengan Slipknot. Mula ditubuhkan pada tahun 1995, Slipknot baru je keluarkan album yang terbaru bertajuk We Are Not Your Kind pada 9 Ogos 2019 hari tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Slipknot (@slipknot) on

Masih lagi mengekalkan Corey Taylor sebagai vokalis, Slipknot baru je umumkan yang dorang akan gegarkan negara-negara Asia Tenggara pada tahun 2020 nanti. Malang sekali untuk peminat muzik heavy metal kat Malaysia, Slipknot takkan singgah Kuala Lumpur buat masa ni. Tapi korang jangan mengamuk dulu, boleh je pergi konsert Slipknot kat Jepun, Indonesia, Singapura atau pun Filipina. Boleh usha gambar kat bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Slipknot (@slipknot) on

Walaupun ahli kumpulan Slipknot selalu bertukar-tukar untuk setiap album, tapi Slipknot masih lagi mengekalkan salah satu trademark dorang iaitu dianggotai seramai 9 orang dalam satu band. Yang masih lagi tak tahu, asal usul nama Slipknot tu datang daripada nama lagu pertama dalam album demo pertama yang dikeluarkan oleh Slipknot pada tahun 1996. Masa tu Slipknot masih lagi bersama dengan vokalis asal, Anders Colsefni.

Slipknot tubuhkan oleh Shawn Crahan, Joey Jordison dan Paul Gray yang merupakan pemain bass. Nama Slipknot tersebut dicadangkan oleh pemain drum Joey Jordison. Slipknot ini dikenali juga dengan penampilan mereka sebagai kumpulan yang berjaya menarik mata penonton dengan pakaian beruniform serta topeng yang jelas kelihatan gerun. Selain daripada memakai uniform jumpsuit dan topeng yang mengerunkan, setiap ahli biasanya ditugaskan dan dirujuk mengikut nombor ahli masing-masing berdasarkan peranan mereka di dalam band, daripada nombor #0 sehingga #8. Namun nombor rujukan ini telah dihentikan setelah kematian pemain bass, Paul Gray.

Idea untuk memakai topeng berpunca daripada pemain percussion, Shawn Crahan yang membawa topeng badut ketika sesi jamming waktu mereka mula menubuhkan Slipknot. Selepas itu, Shawn Crahan dikenali didalam Slipknot dengan bertopengkan wajah badut bersama dengan nama gelaran “Shawn The Clown”. Konsep untuk memakai topeng yang tampak ngeri ini bermula pada tahun 1997 apabila Slipknot membuat memutuskan untuk setiap anggota band memakai topeng unik dan jumpsuit untuk nampak sepadan. Ianya merupakan salah satu cara untuk mereka bersatu dengan muzik yang mereka bawakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Slipknot (@slipknot) on

Peringatan untuk korang yang bercadang nak pergi konsert Slipknot nanti, jangan main smartphone bila konsert dah mula. Silap-silap smartphone korang boleh kena campak dengan Slipknot. Pernah terjadi masa konsert Slipknot sebelum ni.

KATALAKI: Sempat lagi nak mula menabung pergi konsert Slipknot ni.

Last modified: 13 November 2019