Asal Usul Orang Maori!

Sembang

Korang pernah dengar tentang orang Maori tak? Kalau korang nak tahu, Maori merupakan salah satu bangsa orang asli yang berasal dari New Zealand. Mereka merupakan pecahan orang Polynesians ataupun orang yang berketurunan Austronesians, orang-orang yang asalnya dari Indonesia yang menetap di New Zealand.

Mereka dikatakan mula menetap di New Zealand sejak tahun 1280 AD semasa kebangkitan Polynesian empire Tu’i Tonga. Setelah beberapa kajian dilakukan, pakar sejarah telah bersetuju yang orang Polynesian merupakan manusia pertama yang menghuni New Zealand. Beberapa puak mula terbentuk selepas kedatangan orang Polynesian dan salah satunya adalah puak Maori.

Image Via: http://en.rfi.fr

Puak Maori dikatakan salah satu puak yang paling menakutkan dan paling ganas di New Zealand. Orang Maori percaya yang peperangan merupakan satu benda yang suci dan sebagai satu tanda hormat kepada nenek moyang mereka. Orang Maori juga dikatakan merupakan salah satu puak yang paling handal dalam peperangan dan merupakan satu-satunya puak yang masih wujud di New Zealand sehingga sekarang.

Salah satu benda unik yang terdapat pada orang Maori adalah tattoos mereka. Orang Maori akan mengenakan tattoo pada wajah mereka dan ada juga yang akan membuatnya diseluruh badan. Tattoo ini tidak seperti tattoo lain yang dibuat menggunakan jarum sebaliknya ia diukir di badan orang Maori menggunakan pahat yang dibuat daripada tulang dan dakwatnya diperbuat daripada abu dan lemak haiwan.

Korang pernah tengok tak tarian Haka? tarian ini selalunya kita dapat lihat semasa perlawanan rugby dan selalu dilakukan oleh team All Blacks. Tarian Haka ini sebenarnya merupakan satu tarian tradisi orang Maori. Tarian ini sebenarnya merupakan satu tarian yang dilakukan oleh orang Maori sebelum mereka pergi berperang. Andai kata semasa tarian ini dilakukan dan ada benda yang tidak kena, mereka akan membatalkan rancangan mereka untuk pergi berperang kerana percaya ia adalah petanda satu benda buruk akan berlaku.

Orang Maori terkenal dengan senjata yang selalu dorang gunakan iaitu Mere Club. Tujuan utama Mere Club ini adalah untuk menghentak kepala musuh dan menghancurkan tengkorak mereka. Bentuk Mere Club ini seakan-akan titisan air dan selalunya ia diperbuat daripada tulang dan batu Jade. Selalunya Mere Club ini akan diwarisi kepada satu-satu generasi oleh kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk membuat sebiji Mere Club.

Puak ini mempunyai satu tradisi yang agak unik dan pelik untuk menguruskan orang mereka yang telah mati. Orang Maori biasanya menanam mayat ahli keluarga mereka sebanyak dua kali. Perkebumian pertama akan dilakukan selepas seminggu atau dua minggu mereka meratapi mayat tersebut. Kemudiannya selepas setahun, mereka akan menggali kembali kubur tersebut dan mengambil tulang-tulang si mati yang mana kemudiannya mereka akan mengecat tulang tersebut dengan Red Ochre atau pun tanah liat yang berwarna merah. Selepas selesai, mereka akan menanam kembali tulang tersebut dan kembali berkabung.

Puak-puak lain sangat takut dengan orang Maori kerana cara dan strategi mereka berperang. Orang Maori biasanya akan menyerang hendap musuh mereka dan pihak musuh tidak akan menyedarinya sehinggalah mereka diserang. Salah satu tradisi yang buat orang takut dengan orang Maori adalah selepas selesai berperang, mereka akan memotong kepala musuh dan menjadikan kepala musuh mereka sebagai satu trophy kemenangan.

Orang Maori juga dikatakan mengamalkan budaya cannibalism. Tujuan mereka mengamalkan budaya ini adalah kerana mereka percaya setiap manusia mempunyai kuasa ataupun mereka panggil sebagai Mana di dalam tubuh badan mereka. Jadi dengan memakan tubuh badan musuh mereka, orang Maori akan menambahkan lagi Mana di dalam tubuh badan mereka yang mana mereka yakin ia akan membuatkan mereka lebih kuat.

Walaupun orang Maori masih lagi wujud sekarang, mereka tidak lagi mengamalkan budaya-budaya ganas ini. Sebaliknya mereka telah diangkat dan dijadikan sebagai satu puak dan budaya yang terkenal di New Zealand. Korang bayangkan kalau mereka masih mengamalkan budaya-budaya lama, berterabur semua orang New Zealand lari pergi negara lain aku rasa!

KATALAKI: Tahukah korang yang Jason Momoa, DwayneThe RockJohnson dan Keanu Reeves merupakan pelakon-pelakon yang ada darah keturunan Maori?

Last modified: 28 May 2019