Asia Pacific Predator League Kembali!

Game, Tech

Pihak Acer Predator telah mengumumkan yang Asia Pacific Predator League 2020 akan diadakan di Manila pada 22 sehingga 23 Februari 2020 di SM Mall of Asia Arena, Pasay City. Peminat permainan PUBG dan DOTA2 akan berentap di kejohanan ini yang mana menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak USD400,000 termasuk hadiah di peringkat tempatan di semua negara yang mengambil bahagian.

Sebelum acara kemuncak di Manila, 17 negara yang mengambil bahagian akan mula membuka pendaftaran untuk pertandingan kelayakan di peringkat tempatan. Pertandingan kelayakan ini akan berlangsung pada Oktober ini dan Malaysia akan turut bertanding.

Pasukan yang bertanding dan menang di peringkat kebangsaan akan merebut hadiah keseluruhan sebanyak RM100,000. Bagi korang yang berminat, inilah masa untuk korang join dan korang cuma perlu mendaftar di official website Predator ataupun korang boleh klik dekat SINI.

Bagi DOTA2, empat perlawanan kelayakan akan diadakan di Mineski Infinity Kuala Lumpur, Mineski Esport Arena Selangor, Eternity Esport Pulau Pinang dan Gizmo Arena Sarawak. Selain itu, dua pusingan kelayakan secara online akan turut diadakan. Pasukan yang layak akan bertemu di pusingan akhir yang akan diadakan di Level Up KL, KLCC pada 9 hingga 10 November 2019.

Bagi PUBG pula, ia akan dibahagikan kepada empat peringkat dan semuanya akan diadakan secara online. Empat pasukan teratas akan bertarung dalam pusingan akhir pada 7 hingga 8 Disember 2019 di Battle Arena, Jaya Shopping Center. Untuk Pusingan kelayakan ia akan diadakan pada 23 November 2019, 24 November 2019, 30 November 2019 dan juga pada 1 Disember 2019.

Pecahan hadiah keseluruhan adalah wang tunai sebanyak RM50,000 untuk DOTA2 dan RM24,000 bagi PUBG selain hadiah-hadiah lain bernilai RM26,000. Juara daripada Malaysia juga akan pergi ke Manila pada Februari 2020 untuk bertarung dengan negara Asia lain.

Dikatakan terdapat 17 negara yang akan bertanding di Asia Pacific Predator League 2020 ini nanti. Negara-negara tersebut adalah Australia, Bangladesh, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Macau, Mongolia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia.

Pertama kali kejohanan Asia Pacifik Predator League ini diadakan adalah pada tahun 2018 di Jakarta, Indonesia. Pada tahun 2019, ia telah diadakan di Bangkok, Thailand yang menyaksikan 10,000 peminat menyaksikan pertandingan tersebut secara langsung. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini tentang perlawanan ini, korang boleh check out dekat SINI.

KATALAKI: Apa lagi cepat join bro. Power tak power belakang cerita!

Last modified: 7 October 2019