Assassin’s Creed Terjah Game

Game, Tech

Bagi yang tidak tahu, Assassin’s Creed merupakan permainan video yang dikeluarkan oleh Ubisoft. Setakat ini terdapat 11 permainan video Assassin’s Creed yang telah dikeluarkan yang bermula dengan Assassin’s Creed tahun 2007 dan yang terbaru Assassin’s Creed Odyssey pada Oktober yang lepas.

Nampaknya Assassin’s Creed telah mula crossover kepada permainan video yang lain yang mana tahun ini terdapat dua permainan video yang dia dah crossover. Yang pertama adalah permainan video For Honor.

For Honor merupakan permainan video aksi yang mana pemain boleh memilih watak-watak sejarah seperti Knight, Samurai dan Vikings. Permainan video ini turut dikeluarkan oleh Ubisoft pada tahun 2017.

Pada minggu lepas, pihak Ubisoft telah mengeluarkan trailer yang yang menunjukan watak Assassin’s Creed boleh mula dimainkan dalam permainan video For Honor melalui event terbaru yang dorang perkenalkan iaitu For The Creed.

Dalam event ini, satu mod baru telah diperkenalkan iaitu Dominion Mod yang mana Assassin berlawan dengan Templar. Bukan itu sahaja, pemain juga boleh customize watak mereka dengan menggunakan senjata dan skin bertemakan Assassin’s Creed.

Bagi korang yang memang peminat permainan video For Honor dan Assassin’s Creed, Korang boleh bermain event ini bermula sekarang sehingga 10 Januari 2019.

Game kedua yang Assassin’s Creed crossover adalah permainan video Monster Hunter World. Hah yang ni baru je masuk semalam. Macam Assassin’s betul-betul, sebab dorang buat crossover ni pun secara senyap-senyap. Tahu-tahu je dah Assassin’s Creed dalam Monster Hunter World.

Sebelum ini banyak game yang dah crossover dengan Mosnter Hunter World seperti Devil May Cry, Horizon: Zero Dawn dan jugak Final Fantasy.

Untuk Monster Hunter World, Korang perlu bermain event quest terbaru yang dipanggil SDF: Silent, Deadly and Fierce dimana korang akan mendapat “Special Materials” sebaik saja korang menyelesaikan event quest ini. Special Materials yang korang akan dapat rupanya adalah Senu Feathers.

Kalau korang yang pernah main Assassin’s Creed Origin mesti pernah dengar nama Senu ni sebab ianya merupakan nama burung helang kepada watak utama dalam permainan video ini iaitu Bayek.

Dalam event ini korang akan berlawan dengan 3 ekor monster iaitu Odogoron, Deviljho dan juga Lunastra. Siapa yang main game Monster Hunter World tahulah yang 3 ekor monsters ni memang ganas gila!

Korang boleh buat misi ini secara solo atau pun secara multiplayer, nasihat aku better korang main secara multiplayer melainkan korang memang power gilerlah! Apa yang korang akan dapat untuk event ini adalah Bayek Layered Armor dan juga Assassin Hood Mantle yang seakan-akan mantle yang dipakai oleh Ezio Auditoré dalam Assassin’s Creed 2!

Setiap satu memerlukan 2 Senu Feather untuk korang claim. So korang perlu buat 4 kali mission SDF: Silent, Deadly and Fierce ini disebabkan setiap kali korang berjaya selesaikan misi ini korang cuma akan 1 Senu Feather sahaja.

Korang boleh start buat event quest ini bermula sekarang sehingga 10 Januari 2019 sama seperti event yang ada pada permainan For Honor. Untuk event For Honor korang boleh main di PS4, Xbox One dan PC manakala untuk Monster Hunter World cuma di Xbox One dan PS4 sahaja

KATALAKI:  Kalau korang takda member nak main Monster Hunter World boleh add PSN aku: CallMeMok 

Last modified: 30 December 2018