Controller Khas Untuk Pro Gamer!

Gadget, Tech

Pada minggu lepas, pihak Sony Playstation telah mengumumkan controller PS4 terbaru iaitu ASTRO C40 TR Controller yang di lesenkan secara rasmi kepada pihak Astro Gaming. Bila tengok spefikasi dan reka bentuk controller ni memang aku sendiri agak terliur jugaklah!

Pihak Astro Gaming katanya design controller ini untuk sesuai digunakan professional gamer dalam scene esport seperti mana yang dorang buat terhadap headset dorang dulu.

Ada beberapa spefikasi yang menarik yang aku tengok dekat controller Astro C40 TR ni. Pihak Astro Gaming jugak ade bagitahu yang controller Astro C40 TR ni bukan sahaja untuk professional gamer tapi untuk semua jenis gamer.

Antara spefikasi yang dipersembahkan adalah button D-Pad dan Analog Stick yang boleh ditukar dan di setup mengikut keselesaan pemain. Terdapat fungsi wired dan wireless dan Astro C40 TR ini mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan.

Pihak Astro Gaming juga memberi tahu yang controller ini Tournament Ready, so kepada professional gamer controller ni memang sesuai sangat. Tak kiralah apa game yang korang main macam FPS, Racing or Fighting games, Controller C40 TR ni memang direka khas untuk korang.

Pihak Sony Playstation mengatakan yang controller Astro C40 TR ini akan mula memasuki pasaran bermula awal tahun 2019.

KATALAKI: Untuk aku, aku still berkenan dengan controller DS4 yang baru warna Sunset Orange dengan Berry Blue!

Last modified: 23 November 2018