ASUS Perkenalkan Dua Laptop Terbaru Untuk Orang Muda!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak ASUS telah melancarkan dua laptop terbaru untuk siri Vivobook mereka iaitu Vivobook S14 dan juga Vivobook S15. Pihak ASUS menyatakan ini merupakan laptop terkecil yang mereka pernah keluarkan setakat hari ini.

Daripada segi luaran, aku boleh katakan yang design untuk laptop ASUS Vivobook terbaru ini sangat cantik. Terdapat lima warna yang dikeluarkan untuk laptop ini iaitu warna Moss Green, Punk Pink, Cobalt Blue, Transparent Silver dan juga Gun Metal. Aku paling suka warna Moss Green sebab tak pernah lagi aku tengok laptop yang ada warna macam ini.

Sekarang kita tengok daripada segi spec pula, Kita mulakan dengan ASUS Vivobook S14 dahulu. Screen Display yang diletakan untuk laptop ini adalah bersaiz 14 inci dengan Frameless foursided NanoEdge display sebesar 86% screentobody ratio.

Laptop ini juga dilengkapi dengan Intel Core i7 untuk bahagian processor. RAM yang diletakan di laptop ini pula adalah sebesar 8GB dengan 512GB PCle SSD. Untuk bahagian GPU pula, laptop ini menggunakan Integrated Intel UHD Graphic 620.

Sekarang kita pergi dekat ASUS Vivobook S15 pula. Screen Display untuk laptop ini agak besar sedikit berbading ASUS Vivobook S14 iaitu sebesar 15.6 inci dengan Frameless four-sided NanoEdge display sebesar 88% screen-to-body ratio.

Untuk bahagian processor, ASUS Vivobook S15 ini dilengkapi dengan Intel Core i5 manakala RAM yang digunakan untuk laptop ASUS Vivobook S15 ini pula adalah sebesar 4GB DDR4. Tapi korang tak perlu bimbang sebab masih ada satu lagi slot kosong untuk korang tambah RAM sehingga 12GB.

Untuk bahagian graphic card pula, ASUS Vivobook S15 ini menggunakan NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5 VRAM. Bagi bahagian storage pula, ianya dilengkapi dengan 512GB PCle SSD dan juga terdapat satu lagi slot kosong untuk korang tambah satu lagi storage kalau korang nak.

Untuk warna, hanya ASUS Vivobook S15 sahaja yang dijual dengan lima warna yang aku katakan tadi manakala untuk Vivobook S14 cuma terdapat dalam dua warna iaitu Transparent Silver dan juga warna Gun Metal so kalau korang minat warna Moss Green macam aku, korang kena ambiklah ASUS Vivobook S15!

Untuk harga pula, ASUS Vivobook S15 dilihat lebih murah sedikit berbanding dengan Vivobook S14 iaitu cuma berharga RM3,199 manakala untuk ASUS Vivobook S14 pula dijual pada harga RM3,899 sahaja. Bagi korang yang berminat untuk dapatkan kedua-dua laptop ini, korang boleh klik SINI untuk Vivobook S14 dan klik dekat SINI untuk Vivobook S15.

KATALAKI: Dengar cakap aku and beli Vivobook S15 yang warna Moss Green tu hahahah!

Last modified: 19 September 2019