Asus ROG Keluarkan Desktop & Laptop Dengan Intel Core i9!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak Asus ROG telah mengeluarkan gaming laptop dan desktop mereka yang aku boleh kata agak berbaloi untuk dimiliki. Asus telah mengeluarkan satu gaming laptop dan dua desktop untuk mereka sedang mencari gaming setup yang terbaik.

Untuk gaming laptop, Asus ROG telah mengeluarkan Zephyrus S GX701 sebuah gaming laptop yang ultra nipis dan spec yang menarik. Manakala untuk desktop pula, Asus ROG telah mengeluarkan ROG STRIX GL12 yang mempunyai Intel Core i9 processor dan NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti. Satu lagi desktop yang mereka keluarkan adalah ROG STRIX GL10 yang focus kepada mereka yang mencari gaming setup pada harga yang murah tapi dengan spec yang berbaloi.

ZEPHYRUS S GX701

Zephyrus S GX701 mempunyai screen sebesar 17 inci dengan 144Hz refresh rate. Walaupun mempunyai screen yang besar, Zephyrus S GX701 tetap mempunyai saiz yang kecil berbanding gaming laptop lain yang berada dipasaran sekarang iaitu cuma sebesar 18.7mm sahaja.

Zephyrus S GX701 ini juga dilengkapi dengan GPU yang mantap iaitu GeForce RTX 2080 dengan Max-Q Design. Bagi korang yang suka benda-benda yang ada RGB, setiap key pada keyboard Zephyrus S GX701 mempunyai RGB light tersendiri so korang boleh setup sendiri key dengan RGB effect yang korang minat.

Bagi yang nak jadi streamer, laptop Zephyrus S GX701 sangat sesuai dengan korang sebab korang tak perlu nak beli external webcam lagi sebab untuk laptop ini, Asus ROG akan berikan external webcam dorang sendiri iaitu ROG GC21. Webcam ini mampu untuk menghasilkan footage FullHD dengan 60 fps!

ROG STRIX GL12CX

Dekstop terbaru Asus ROG ini bagi aku sangatlah overpower sebab bukan sahaja ia dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX tapi ia juga mempunyai 9th Generation Intel Core i9-9900K processor bro!

Dengan processor Intel Core i9, desktop ini mampu memberikan frame rate yang tinggi bila korang bermain permainan video sambil livestream ke Facebook, Twitch dan juga Youtube. Kalau nak jadi seorang streamer yang cool, korang kena usya ROG STRIX GL12CX ni.

ROG STRIX GL12CX ini juga mempunyai hotswap SSD bay yang dibangunkan khusus untuk Esports gaming. Dengan feature ini, korang boleh menukar SSD korang dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu menutup PC korang. Korang cuma perlu buka slot dia yang berapa pada bahagian depan CPU dan masukkan SSD yang korang nak guna, simple!

ROG STRIX GL10

Bagi korang yang mencari gaming desktop yang murah tapi still berikan performance yang mantap, korang boleh usya ROG STRIX GL10. Desktop ini didatangkan dengan 27 liter case yang mempunyai rekaan yang futuristic.

Bila bercerita tentang spec pula, ROG STRIX GL10 didatangkan dengan processor sehingga Intel Core i78700 yang mampu untuk handle apa saja yang korang tengah buat seperti main game, streaming dan sebagainya.

Dengan menggunakan graphic card sehingga NVIDIA GeForce GTX 1060 dengan 6GB video memory, ROG STRIX GL10 mampu menberikan gaming performance yang mantap bagi gamegame yang popular sekarang seperti Fortnite dan Overwatch. ROG STRIX GL10 juga boleh digunakan terus dengan hampir kesemua VR headset yang ada dipasaran sekarang.

Untuk ROG Zephyrus S GX701, ianya boleh didapatkan dengan harga RM13,999 yang mana akan didatangkan sekali dengan Backpack, Gaming Mouse dan ROG GC21 External Camera yang bernilai RM899.

Untuk ROG STRIX GL12 pula, terdapat tiga versi yang korang boleh pilih. Untuk versi Intel Core i7 dengan NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB akan dijual dengan harga RM9,999. Untuk versi Intel Core i7 dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB pula akan dijual pada harga RM12,999 dan yang terakhir sekali versi Intel Core i9 dengan NVIDIA GeForce RTX 2080 8GB akan dijual pada harga RM14,999.

Bagi ROG STRIX GL10, ia juga akan dijual dalam tiga versi. Untuk versi yang pertama yang didatangkan dengan Intel Core i5 dan NVIDIA GeForce GTX1050 2GB akan dijual pada harga RM2,699. Untuk versi kedua iaitu versi Intel Core i5 dan NVIDIA GeForce GTX1060 6GB akan dijual pada harga RM4,499 dan yang terakhir sekali versi Intel Core i7 dengan NVIDIA GeForce GTX1060 6GB pula dijual pada harga RM5,499 sahaja.

Laptop dan kedua-dua desktop ini sudah mula dijual di official store Asus ROG dorang. So kalau korang nak try dulu pun boleh, just pergi official store dorang dan test sendiri mana tahu kot-kot korang berkenan.

KATALAKI: Teringin nak buat desktop tapi duit tak berapa nak cukuplah pulak!

Last modified: 29 March 2019