ASUS TUF Gaming FX505 – Laptop Gaming Tahan Lasak

Gadget Bro, Watch

Baru-baru ini ASUS baru sahaja melancarkan beberapa laptop terbaru mereka yang dilengkapi dengan AMD CPU dan Nvidia GPU, satu gabungan yang jarang-jarang kita tengok terdapat pada gaming laptopTapi berbaloi atau tidak gaming laptop ni? Jom kita review!

Untuk gaming laptop ini, ianya terdapat dalam 5 versi yang akan dikeluarkan. Yang aku dapat review adalah ASUS TUF Gaming FX505 yang dilengkapi dengan AMD Ryzen 7-3750H processor dan Nvidia GeForce GTX 1660 Ti GPU.

Untuk screen display, ASUS TUF Gaming FX505 ini mempunyai display sebesar 15.6 inci 1080P IPS Display dengan 120Hz panel. Namun untuk versi ini, ianya tidak dijual pada pasaran Malaysia sebab untuk pasaran Malaysia ia cuma mempunyai 60Hz display panel. Kalau korang nakkan display dengan 120Hz display panel, korang kena beli versi yang didatangkan dengan RTX 2060 yang mana harganya agak sedikit tinggi.

Segala port untuk laptop FX505 ini terletak pada bahagian kiri. Port yang ada adalah HDMI 2.0 output, dua USB 3.1 dan satu 2.0 Type-A port, RJ45 port dan 3.5mm audio jackDaripada segi design, tak adalah nampak berbeza sangat dgn ASUS TUF FX505 yang dikeluarkan sebelum ini.

Pada bahagian atas dia diperbuat daripada metal namun versi yang dijual di Malaysia malangnya diperbuat sepenuhnya daripada plastik. Dari segi performance, aku boleh katakan agak oklah bagi gaming laptop macam ini. Aku dah try lebih kurang dalam sebulan untuk main game. Aku ada test untuk main game Apex Legends dan dia boleh pergi sehingga 60fps untuk high setting.

Dari segi display pun cun, warna dia pun terang tak memenatkan mata aku tengok laptop ni lama-lama. Tapi itulah sebab dia gunakan panel 120Hz, kalau yang guna 60Hz yang dorang akan jual untuk market Malaysia aku tak tahulah macam mana pergi dia.

Lepas tu design bezel dia pun nice sebab nipis. Bila nipis macam ini dia nampak lagi stylish dan nampak lebih menarik. Keyboard dia pula ada RGB so kalau korang jenis macam aku jenis buat kerja dalam gelap tak payah nak risau dah lah. 

Cumanya dekat keyboard dia ni aku paling menyampak susunan arrow key dia. Selalu aku tersilap tekan sebab placing dia awkward sangat. So terpaksalah aku tengok keyboard bila nak gunakan arrow key takut tersilap tekan.

Secara ringkasnya kalau korang berminat dengan gaming laptop macam ini, aku tak rasa rugi kalau korang nak beli. Kualiti dan performance dia pun bagus. Untuk gaming laptop bawah RM5,000, ASUS TUF FX505 ini sangat sesuai dengan bajet korang. Korang angkat yang versi GTX 1660 Ti ni pun dah ok aku rasa. 

Kalau korang berminat nak dapatkan laptop ASUS TUF FX505 ini, korang boleh klik link yang aku dah sediakan di SINI.
KATALAKI: Ringan pun ringan laptop ni. Niceeee…. 

Last modified: 4 July 2019